Wajarkan Obses Dengan Pagerank? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Wajarkan Obses Dengan Pagerank?

Wajarkan Obses Dengan Pagerank?
Minggu ini adalah minggu kekecohan tentang rakan-rakan blogger yang berjaya menaikkan pagerank mereka. Yang tidak berjaya sudah tentu akan berusaha kuat selama 3 bulan ini sebelum Google updated pagerank mereka lagi. (kebiasaannya pagerank diupdated 3 bulan sekali tapi tahun lepas hanya 2 kali sahaja).

Bila dilihat keobsesan rakan-rakan blogger tentang pagerank ini, secara tidak langsung pagerank Google ini telah diiktiraf sebagai satu indikator kualiti sesebuah laman web atau blog.

Dan aku juga tidak lari dari obses kepada PR ini dan 2 tahun berturut-turut dikecewakan oleh Google apabila PR aku tetap tidak meningkat.
Orang kata kecewa bercinta pun tak seteruk gagal mendapatkan PR!!!!!...hehehehehehe. Betul ini!!!
Tapi tahun ini Google telah mengiktiraf Hanif Bin Idrus Blog dari PR1 ke PR2.

Jika anda semua bertanya, wajarkah kita obses dengan pagerank. Aku akan menjawab dengan tegas Ya!!!
Sebelum itu kita memahami apa Itu Pagerank atau PR sebenarnya terdapat pelbagai definisi dalam mengutarakannya:
PageRank is a link analysis algorithm, named after Larry Page, used by the Google Internet search engine that assigns a numerical weighting to each element of a hyperlinked set of documents, such as the World Wide Web, with the purpose of "measuring" its relative importance within the set.

PR is the Google logarithmic scale based on link popularity for placing importance of web pages and web sites
A ranking by the search engine Google. Ranking is from 0 to 10. Ten is best. Ranking is displayed on the Google Toolbar. PR is calculated using an algorithm that takes into account the number and quality of incoming links to a site
A term initiated by Google to grade the value of a link from a given web page. PageRank scores range from 0 (very weak) to 10 (very strong). Web pages with high PageRank do well in the SERPs, and also provide the highest quality backlinks.

Kesimpulannya lagi tinggi pagerank kau bermakna blog atau laman web anda berpotensi berada dalam enjin carian muka surat pertama.

Dan untuk mencapai pagerank ini kita memerlukan pengetahuan dan usaha untuk mempelajari SEO.
Apa Itu SEO:
  Search engine optimization
(SEO) is the process of improving the visibility of a website or a web page in search engines via the "natural" or un-paid ("organic" or "algorithmic") search results. In general, the earlier (or higher ranked on the search results page), and more frequently a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine's users. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search, academic search,[1] news search and industry-specific vertical search engines.


Lagi baik SEO anda maka lagi berpotensi anda mendapat pagerank yang baik.
MALANGNYA  pagerank yang baik tidak semestinya anda mesti mempunyai trafik yang baik. Itulah kelemahan pagerank yang mengira dari segi algorithm dimana pagerank dikira berdasarkan berapa banyak kualiti backlink yang anda ada, berapa kekuatan keyword anda dan sebagainya bukannya mengira jumlah trafik yang mencurah masuk ke blog anda.

TAPI kelebihan dalam pagerank ia meletakkan blog atau web anda dalam carian pertama di enjin carian dan secara tak langsung akan menambahkan trafik ke blog anda.
Inilah sebenarnya yang diidam-idamkan oleh semua blogger terutama blogshop online yang memerlukan promosi bukan sahaja dari rakan blogger tetapi dari enjin carian berdasarkan keyword yang dicari oleh pengguna.

Sebagai contoh jika anda ingin membeli produk online TUDUNG.
Maka secara rasionalnya mereka akan taip di enjin carian ialah OnlineTudung Bawal, kelebihan blogshop yang mempunyai pagerank yang baik sudah tentu produk mereka akan terpapar di  enjin carian pertama. Dan secara rasionalnya pembeli hanya akan melihat paparan di enjin carian pertama dan terus klik ke blogshop anda!!! Potensi produk anda akan terjual amatlah tinggi dan seperti yang saya katakan tadi ianya juga akan menambahkan pageview blog anda.

Dan ini bukan sahaja terpakai pada blogshop sahaja tetapi pada blogger. Dimana entri anda yang mempunyai keyword yang baik sebagai contoh entri anda bertajuk Ubat Kencing Manis.
Secara rasionalnya mereka akan taip Ubat Kencing Manis dan jika blog anda mempunyai pagerank yang baik maka potensi entri anda dalam carian pertama sudah tentu ia akan dibaca oleh pencari tersebut.

Atas sebab itulah kadang-kadang ada blogger yang mendapat 2000-4000 pageview sehari dan jika anda tidak percaya kebanyakkannya trafik yang datang dari enjin carian.

Persoalan timbul kembali ialah wajarkah anda obses dengan pagerank?
SEKALI LAGI apabila kita bercerita  tentang pagerank, ia juga tetap memerlukan asas-asas blogging. Tanpanya blog anda tidak akan kemana dan melalui asas-asas blogging ini jugalah ia membantu pagerank anda.

Fokus anda juga haruslah di tekankan kepada :
a) Memaksimumkan penggunaan Media Sosial - biasanya link dan trafik datang daripada sosial media ini. Jangka masa panjang ia akan membantu meningkatkan lagi PR anda.
b) Entri yang baik - Jika anda mempunyai entri yang unik dan keyword yang baik, maka pembaca pasti akan mengetahui tentang blog anda dan membuat link ke blog anda.
c) Blogwalking - Salah satu kaedah tradisional yang paling ampuh menaikkan trafik dan sekaligus komen di blog anda.
d) Post entri- Mesti mempunyai disiplin dalam membuat entri dipostka ke blog anda. Jika boleh setiap hari minimum 1 entri.

Kesimpulan yang aku belajar dari dunia blogging ini, suka tak suka jika mahu bersaing dalam dunia laman sesawang. Kita mesti mempunyai ilmu SEO dan dari SEO yang baik anda akan mendapat pagerank yang baik. Macam aku ini SEO tak ler pakar macam Denaihati atau Hasrul Hassan, sebab tu aku selayaknya mendapat PR2 sahaja...hehehehehehehe.

Dan yang penting asas berblogging iaitu rajin membuat entri yang berkualiti dan rajin berblogwalking, itulah asas kehidupan sebagai blogger. Kadang-kadang kita perlu berfikir semula kenapa kita berblogging. Dahulu kita berblogging mahukan dunia membaca idea penulisan kita, bukannya pasal PR, bukannya pasal Alexa dan bukannya pasal wang tapi kepuasan menulis.



13 comments:

Normi Nieza said...

tahniah

merahitujambu said...

ranking memang penting..tp dah semakin pudar..

Qashmere said...

Pagerank saya 1 sahaja. Sedih. LOL

Abe Kie said...

salam. PR saya 2 tp trafik kurang plak...huhuhuhu

Sifu wan said...

Salam tuan. Berkat tak jemu-jemu ziarah blog tuan dan menghayati serta mempelajari tulisan tuan, PR dah ke jadi 3 sekarang. Terima kasih banyak-banyak tuan.http://kopibiarpekat.blogspot.com/

Azlan Strider said...

jangan patah hati bro....sy yakin one day pr bro akan naik jugak...

Regards
Strider

Sukma Haron said...

nice tip...aku pilih blog bagus makin meningkat ler PR.....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkogsian yang menarik. nak kena ikut jika nak baiki PR untuk update yang akan datang.

Raudzah Z said...

Ramai yang obses tentang PR. Harap-harap ianya tak menggangu semangat setaikawan sesama bloggers..

Kathy R'bain said...

tak tau pasal ni semua..kathy main update jer..hehehe..

husna zahidi said...

alexa traffic rank menurun pon dah syok apatah lagi page rank meningkat.. bertambah syok laa..

Rauza Rashid said...

Entri yang bagus. Memang page rank ni penting. Saya punya blod still x der pr. Huhu. Berapa lama baru nak ada pr ye.

Ado Amang said...

Ziarah malam salam ukhuwah.