Apa Itu Cloud Storage? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu Cloud Storage?

Apa Itu Cloud Storage?
Dalam dunia yang pantas dan berkembang maju ini. teknolgi maklumat haruslah pantas dan mudah dicapai. Dalam dunia moden sekarang, penggunaan cloud storage merupakan alternative yang terbaik dalam menyimpan segala maklumat samada pekerjaan atau peribadi kita.

Apa itu Cloud Storage? Cloud Storage secara amnya ialah kita menyimpan apa jua dokumen kita didalam ruang simpanan online. Sudah tentu kita memerlukan akses internet untuk mnyimpan segala dokumen kita di dalam cloud storage.

Oleh yang demikian segala maklumat kita mempunyai mobiliti yang baik dimana kita boleh mengambil maklumat tersebut dimana sahaja anda berada. Tidak lagi perlu membawa Pen Drive atau flashdisk yang kecil dan mudah rosak...hehehehe.

Kini syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Windows masing-masing mempunyai aplikasi cloud storage mereka sendiri.. contohnya Apple dengan iCloud, Google dengan Google Drive dan Windows dengan SkyDrive. Dan Hanif Idrus pula dengan Dropboxnya yang memberi ruangan simpanan sehingga 50GB.

Masalah Cloud Storage ini ialah anda harus berhati-hati agar password anda tidak diketahui oleh pihak lain. Ini adalah perkara biasa dalam dunia online dimana fail-fail online semuanya berpotensi dihack oleh hacker-hacker macam-macam aku  ini..ahaks.

Selain itu kelajuan internet pun kena sentiasa dalam keadaan baik ler. Janganlah broadband kau macam siput .. masa tu ler kau nak download URGENT data dari Cloud Storage. hahahaha.

Tapi bagi aku Cloud Storage ini adalah yang terbaik. Dimana aku menyimpan semua gambar-gambar aku bersama keluarga aku dalam Cloud Storage ini. Jika PC atau album aku buat hal atau hilang, at least aku ada back up untuk anak-anak aku dan cucu aku pada masa akan datang..hehehehehe.
Tapi jangan pula kau publickan semua gambar-gambar tu..ini selalu yang anda lupa..

Berminat tak anda mencuba Cloud Storage. Cuba ajer sebab ia free.

2 comments:

Sukma Haron said...

ohh...baru tahu...macam best jer..

Kathy R'bain said...

info menarik ni..