Header Ads

Belajar Bahasa Orang Melaka


Belajar Bahasa Orang Melaka
Jom belajar bahasa orang Melaka dan aku rasa seluruh negara mnegetahui bahasa orang Melaka ini memang kasar.

Bukan sahaja bahasanya kasar tetapi perbuatan pun kasar...hehehehhee.

Aku teringat masa aku mula-mula masuk Universiti dahulu, aku ada kawan dengan rakan-rakan Sabah dan Sarawak.

Pada mula berkawan dengan mereka, ramai yang merajuk dengan aku sebab  bahasa yang aku gunakan macam hawau kau...sial kau...bodoh kau... .

Dan paling tak tahan sikap orang Melaka ini ialah suka mengutuk kau. Telinga kena tebal kalau nak kawan dengan orang Melaka ini.

Yang betul-betul faham peel orang Melaka ini hanyalah orang dari negeri Johor. Sebab peel pun sama..hahahahha.

Tetapi lama-kelamaan semua rakan-rakan aku dah faham bahasa orang Melaka ini dan aku juga mengawal bahasa aku jika bergaul dengan rakan-rakan baru dari negeri lain..

Jom lihat bahasa orang Melaka ini:

1. Kensal : Tuala         
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”         
3. Kahau : Cakap kasar         
4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu)     
5. Lahabau (Lahabau berasal dari          percampuran budaya Arab di          Melaka sejak zaman Kesultanan          Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar.
Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).         
6. Berboko, barah, cekik : Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya          berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh?Contohnya : Ko nak pergi mane……Yele………Ikut suka hati ko le………         
8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan          kepada huruf U. (Contohnya :ular jadi ulau, keluar jadi keluau,          pasar jadi pasau).         
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)         
10. Kumbah : (contoh ayatnya,“aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang.Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.         
12. Membongkah : kuat makan( Asyik kerja membongkah jer.Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari         
14. Membongkang : tidur yang amat lena.         
15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.          18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah         
19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”.Contohnya : “antu” Munah duk mane?         
20. Lopak : Pencil box         
21. Beledi : Baldi         
22. Lemari : Almari         
23. Lebang : Pemalas
Memang kasar bahasa orang Melaka ini yek..tak der bunga-bunga bahasa langsung..hahahahahaha.
Tapi hati kami baik...cuma mulut ajer yang jahat...ahaks.,

2 comments

Leeza Dayasari said...

BAB BELAJAR LOGHAT NI MMG FAIL.

Kathy R'bain said...

ini dia.terbaik..