Hanif Idrus Bertukang Hari Ini - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Bertukang Hari Ini

Mari Kita Bertukang Hari Ini
Salam satu blogger. Hari ini aku dah cuti Tahun Baru Cina hingga hari Isnin nanti. Plan nak jalan-jalan tak der kot.

Aktiviti pertama cuti ini aku merancang nak repair pangkin/pondok lepak dalam rumah mak aku ini. Alas pangkin aku tengok macam dah reput ajer, kang tak pasal-pasal orang tua tu terbobos kat dalam tu masa duduk..hehehehehe.

Gambar atas adalah pangkin/pondok mak aku ini. Gambar bawah ialah keadaan kayu alas yang sememangnya menunggu masa nak roboh ajer.
Mari Kita Bertukang Hari Ini
 Aku dah bertahun tak bermain dengan kayu-kayu ini.

Ilmu kecik asas bertukang ini pun aku belajar dengan ayahanda aku.

Ayahanda aku ..bukan ayahanda kongsi gelap tu. Tu kalau nak belajar pukul orang, boleh ler..hahahaha.

Ayah aku dulu memang minat tanam pokok-pokok, pelihara haiwan dan macam-macam lagi.

So aku belajar bertukang ialah projek ayah aku nak buat reban burung, buat pangkin, buat macam-macam ler sama ayah aku ini. Tapi ayah dulu-dulu, kalau mengajar tahu-tahu ajer ler. 90% kau kena buat dan top up dengan bahasa ayahanda..hahahahaha.

Tapi kalau tak buat macam itu, aku rasa sampai sekarang aku tak pandai-pandai lagi..

Mari Kita Bertukang Hari Ini
Nak robohkan pangkin tu memang cukup senang. Masalahnya kayu yang aku ada semuanya recycle punya kayu.

Faham-faham ajer  ler kayu recycle ini, ada yang pendek sangat dan ada yang panjang sangat. Ada yang besar sangat dan macam-macam ler...huhuhuuh

Target nak tukar kayu atas ajer, bila aku kopak alas atas tu. Bahagian bawah tempat letak alat berkebun mak aku. Mak oiiii!!! pun macam nak roboh ...huhu

Gambar atas memperlihatkan kekusutan aku nak repair bahagian bawah yang bersepah dan kayu atas sekali....

Mula-mula aku susun semua kayu recycle yang ada untuk memastikan bahan-bahan pembuatan cukup ler...

Lepas tu kemas semua barang bahagian bawah  tu dan mula membuang kayu-kayu bahagian bawah dan ganti dengan yang baru..

Lepas siap bahagian bawah, baru nak start bahagian atas pula...adusss...
Masalah timbul kayu aku besar sangat dan terpaksa gergaji manual untuk dapatkan saiz pangkin/pondok tu.. Basah ketiak aku jap gergaji tadi..hehehehehhee.

Lepas tu aku pergi kedai beli tikar plastik nak buat alas meja tu....
Akhirnya siap juga..
Tak ler cantik sangat sebab amatur yang buat.
Yang penting boleh duduk dan selamat digunakan.....ahaks.

Mari Kita Bertukang Hari Ini

Mari Kita Bertukang Hari Ini

2 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

boleh tahan juga hasik kerjanya...memuaskan..

Kathy R'bain said...

ok la tu...rajin hanif..