Header Ads

Hanif Idrus Mencapai Umur 4 Series


Program Saringan Kesihatan PERKESO.
Salam semua rakan-rakan blogger. Bagaimana life anda pada hari ini. Semoga ceria selalu!!!.
Pada hari ini aku mendapat sesuatu yang menarik iaitu baucer Program Saringan Kesihatan PERKESO.

Dan ini secara tak langsung menandakan aku ini dalam kategori 4 series bermula tahun ini...hehehehe.
Bukannya dapat BMW 4 series tetapi umur dianjakkan genap dan menjadi igauan kaum lelaki
Fuhhh!!! dan 40 tahun umur aku rupanya tapi tak per hati mesti sentiasa muda...ahaks.

Seiring dengan umur aku ini 4 series dengan umur blog aku tahun ini hampir menjangkau 4 tahun. Lama juga aku berblogging yek...
Tapi bak pepatah gambar kat bawah tu sama macam aku pfikir..hehehehe

Program Saringan Kesihatan PERKESO:


Akhir kata mari kita melihat apa itu Program Saringan Kesihatan PERKESO:

1. Apakah itu Program Saringan Kesihatan PERKESO?
Program Saringan Kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan PERCUMA diberi kepada Orang Berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).
Faktor utama program ini diperkenalkan adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja yang disahkan mengidap keilatan akibat Penyakit Tidak Berjangkit (36% daripada kes yang dilaporkan). Dengan menjalani pemeriksaan ini, pekerja akan dapat mengesan awal penyakit tersebut seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Intervensi awal ini akan memberi kesan yang positif terhadap sumber modal insan yang berpengalaman dan peningkatan produktiviti sesebuah majikan. Ini secara langsung akan menjamin keselamatan sosial pekerja khasnya pekerja di sektor swasta yang menjadi teras kepada kesinambungan pembangunan modal insan Negara.


2. Objektif
 o Memupuk kesedaran kesihatan terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.o Mengesan awal penyakitberjangkit.
o Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit.
o Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkanpenyakit tidak berjangkit.
o Meningkatkan Sumber Modal Insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat di sektor swasta.


3. Kumpulan Sasaran
Program ini akan diberi kepada Orang Berinsurans PERKESO yang berumur 40 tahun dan ke atas yang aktif bekerja.

4. Apakah jenis pemeriksaan yang akan dilaksanakan di bawah Program ini?

Pemeriksaan kesihatan meliputi:
- Pemeriksaan Fizikal
- Konsultasi
- Pemeriksaan Darah
- Analisa Laporan
- Khidmat nasihat yang berkaitan


5. Ujian Pemeriksaan :
- Full Blood Count
- Fasting Glucose
- Fasting Lipid Profile
- Urine FEME/Microalbuminuria
- Pap Smear
- Mammogram (wanita)


6. Di manakah pemeriksaan kesihatan ini akan dilakukan?
Pemeriksaan Kesihatan ini akan dilakukan di klinik yang berdaftar melalui portal SeHAT PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan.


7. Bagaimanakah Program ini akan dilaksanakan?
o Pekerja yang berumur 40 tahun dan ke atas akan diberikan baucar Program Saringan Kesihatan yang boleh diperolehi melalui majikan masing-masing.
o Pekerja perlu hadir ke Klinik Panel Program Saringan Kesihatan bersama-sama baucar untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan. Keputusan ujian pemeriksaan akan dimaklumkan di samping konsultasi dan khidmat nasihat yang meliputi panduan mengenai kaedah pencegahan awal serta jenis rawatan perlu bagi mengurangkan faktor – faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit.
o Klinik Panel Program Saringan Kesihatan akan mengemukakan laporan dan permohonan bayaran perkhidmatan melalui portal SeHAT PERKESO.
o PERKESO akan menguruskan bayaran kepada klinik panel Program Saringan Kesihatan setelah laporan lengkap diterima.

8. Bilakah Program ini akan dapat dinikmati oleh Pencarum PERKESO?Baucar Program Saringan Kesihatan akan diedarkan melalui majikan secara berperingkat. Pada masa yang sama program promosi melalui pelbagai medium seperti media-massa dan laman web dilakukan bagi memastikan semua golongan pekerja yang disasarkan dimaklumkan berkenaan Program ini. Pencarum PERKESO akan dapat menikmati kemudahan ini bermula Januari 2013.

9. Apakah harapan PERKESO terhadap Program ini?
Perlaksanaan Program Saringan Kesihatan ini diharapkan akan dapat membantu mengesan awal Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Disease) dan seterusnya pekerja akan berada di tahap kesihatan yang baik dan produktif. Pemberian kemudahan ini menggambarkan keprihatinan kerajaan sejajar dengan Konsep 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kepada rakyat khususnya golongan pekerja untuk meningkatkan kualiti hidup dan menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

2 comments

Noor said...

patut la pakcik2 & uncle kat tmpat kja org dpt baucer nih..pergi je..xrugi..

Kathy R'bain said...

hehehe..dah masuk yer?inshaAllah,kathy 4 tahun lagi..huhuhu..