Hanya Makan, Jana Pendapatan Sebulan RM30,931 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanya Makan, Jana Pendapatan Sebulan RM30,931

 Park Seo-yeon
Seorang wanita, Park Seo-yeon memperoleh pendapatan melebihi £5,600 (RM30,931) sebulan dengan hanya makan dan berbual di hadapan kamera yang disaksikan beribu-ribu orang di internet secara langsung.

Seo-yeon, 34, yang tinggal di sebuah apartmen di Seoul memakan pelbagai jenis makanan antaranya telur dan nasi dalam satu sesi program yang berlangsung selama hampir tiga jam pada setiap hari.
 Park Seo-yeon

Siaran langsung itu juga dibuat dengan menggunakan komputer. Semasa siaran langsung itu, penonton akan menghantar belon maya yang bernilai AS$0.09 (RM0.30) kepadanya.

Trend makan di hadapan beribu-ribu orang di internet itu mampu menjana pendapatan tinggi melalui iklan serta sumbangan para peminatnya.

Wanita itu berkata, dia berhenti bekerja di sebuah firma tiga tahun lalu bagi memberi sepenuh perhatian kepada pekerjaan baharunya itu yang bermula sebagai hobi tiga tahun lalu.

"Saya berasa sangat gembira apabila ada peminat memberitahu, mereka pulih daripada masalah anoreksia selepas melihat saya makan," katanya.

 Park Seo-yeon

5 comments:

Normi Nieza said...

pelik punya kerja..:)

kopi pasta said...

perghhh... penangan bermuka kiut-miut. itu yg laku tu. huhu

Yana Halim said...

lorr....senangnya! Tapi sebetulnya sbb dia cantik. hehe

Teacher Basariah said...

untungnya dia....

Kathy R'bain said...

mcm² ada..