Kepentingan "Label" Dalam Blogshop - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kepentingan "Label" Dalam Blogshop

Kepentingan "Label" Dalam Blogshop

Dalam dunia blogging di blogspot terdapat satu gadget yang dinamakan "labels" atau kategori  yang amat penting untuk blogger.

Kepentingan "Label" Dalam BlogshopDimana labels adalah satu keyword yang menceritakan keseluruhan entri anda. Seperti di entri ini labels yang saya gunakan ialah "blogshop" oleh itu apabila anda menklik label "blogshop" semua entri yang berkaitan tentang "blogshop" akan keluar di page Hanif Idrus.

Sebab itu dalam setiap entri yang anda publish pastikan anda menulis labels supaya apabila entri anda jumlah beribu-ribu post nanti mudah dikategorikan nanti.

Sebab itu dibahagian atas Hanif Idrus Blog saya ada letakkan label atau kategori Hanif Idrus Blog dengan tujuan untuk memudahkan pembaca "navigate" entri terdahulu saya spesifik tentang keyword entri yang tertentu.

Dalam bidang blogshop ianya amat penting apabila kita mempunyai pelbagai produk dan setiap produk tersebut kita perlu kategorikan seperti contoh gambar diatas sekali.

Kepentingan "Label" Dalam Blogshop
Dimana Tajuk "Search Product" sebenarnya adalah labels yang ditukar tajuknya sahaja.

Untuk memasukkan label ini pergi Layout---Add Gadget----Labels--- Save.

Contoh ialah gambar disebelah..

Dan akhirnya keseluruhan kategori produk anda boleh dilihat dan di navigate oleh pembaca dengan lebih mudah.

Ianya satu gadget yang amat mudah tetapi ia adalah satu keperluan yang amat penting samada anda blogger invidu dan ia menjadi lagi penting jika anda mempunyai blogshop.

Saya ingin berkongsi maklumat ini kerana melalui pengalaman saya dalam menkaji blogshop ini.
Kesilapan yang saya buat ialah mengguna nama label yang salah dimana label saya menggunakan nama syarikat affiliate seperti LUXOLA atau LAZADA.

Dan apabila produk semakin banyak, telah ujud kesulitan untuk mencari produk terdahulu. Mahu tak mahu saya terpaksa ubah semua labelling entri yang beratus-ratus kepada categori produk.

Saya harap entri ini dapat membantu anda dan jika ada masa silalah jenguk dan follow Blogshop isteri saya iaitu Shop Of Linda.


4 comments:

Normi Nieza said...

good sharing..

Azekzk said...

Mekasih atas infonya yg amat berguna.

Sukma Haron said...

nice info...boleh dipraktikkan....

Kathy R'bain said...

info yg baik..