Header Ads

Lelaki Dada Senget Lepas Diimplan

Lelaki Dada Senget Lepas Diimplan
Seorang pendandan rambut terpaksa hidup dengan dada yang senget selepas implan dada dipasangnya untuk kelihatan lebih gagah terkena jangkitan kuman.

 Lelaki dikenali sebagai Brett, 44, membuat pembedahan untuk memasang implan dada bagi menambah keyakinan diri selepas perceraiannya empat tahun lalu, namun mengalami kesakitan teruk apabila satu daripadanya dijangkiti kuman. Akibatnya, implan yang terjangkit itu terpaksa dibuang mengakibatkan dadanya kini senget sebelah.

Lelaki Dada Senget Lepas Diimplan
“Memang terlalu buruk kerana nampak seperti saya mempunyai dua badan disambungkan. “Keputusan memasang implan itu terlalu bodoh dan saya menyesalinya kerana badan saya sebelum ini sebenarnya cukup sempurna.

 “Kini saya terpaksa menutup badan dengan berpakaian besar malah keyakinan diri semakin merudum,” katanya.

 Kini dia tiada pilihan selain membuang implan yang tinggal untuk mengimbangi semula badannya. Implan seperti itu amat mahal malah mencecah ribuan paun dan semakin popular dalam kalangan lelaki yang mahu kelihatan segak tanpa perlu pergi ke gim.
Lelaki Dada Senget Lepas Diimplan

2 comments

Kathy R'bain said...

merana...

Nadia Johari said...

lelaki pun pakai implan..haishh..menyeksa diri