Header Ads

Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati


Penyembelih Beirut Akhirnya Mati (Ariel Sharon)
Akhirnya Penyembelih Beirut yang kejam Ariel Sharon teoah menghembuskan nafasnya setelah bertahun-tahun menjadi bangkai bernyawa.  Inilah balasan untuk orang yang meratah manusia dengan kejamnya.

Tapi bukanlah hak kita untuk menafsirkan kesakitan yang dialaminya adalah kerana perbuatannya. Itu hak Allah tetapi sebgai manusia yang beriman sudah tentu kita mengambil iktibar. Setiap perbuatan yang jahat dan kejam, pasti ada perbalasannya samada di dunia atau akhirat.

Terbaca satu artikel dari sumber Kosmo tentang Ariel Sharon dan saya rasa ianya berbaloi untuk kita kongsi bersama.

"KESAKITAN ini tiada penghujungnya. Mustahil untuk disembuhkan."

Ungkapan di atas pernah terluah dari bibir bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon ketika menerima berita kematian anak lelaki sulungnya, Gur, 11, yang terbunuh secara tidak sengaja oleh rakannya akibat bermain selaras senapang patah.
Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati
Perkara ini dicatatkan di dalam buku bertajuk Warrior: Autobiography of Ariel Sharon yang ditulis Sharon bersama David Chanoff pada tahun 2001.

Insiden itu berlaku pada 4 Oktober 1967, lima tahun selepas isteri pertama Sharon, Margalit yang juga merupakan ibu kandung Gur meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di lebuh raya Baitulmuqaddis-Tel Aviv.

Lebih dramatik, Gur menghembuskan nafas terakhir dan terkulai di pangkuan Sharon dalam perjalanan dibawa ke hospital.

Justeru, kata-kata tersebut jelas menggambarkan kesedihan yang dialami Sharon sebagai manusia biasa berdepan situasi kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.

Namun, berbeza pula dengan kerakusan dan keghairahannya merenggut nyawa ribuan rakyat Palestin tanpa mengira usia mahupun jantina. Lelaki yang digelar Penyembelih Beirut itu ternyata langsung tidak mempunyai perasaan ketika melakukan dosa-dosa tersebut dalam usaha meluaskan kuasa Israel di bumi al-Quds

Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati
Ratapan anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa atau tangisan para ibu yang melihat anak mereka syahid di depan mata tidak sedikit pun menggetarkan hati Sharon yang sudah diselaputi kegelapan dan hilang sinar kemanusiaan.

Matlamatnya hanya satu untuk terus meluaskan kuasa Zionis dan menghapuskan rakyat Palestin yang dianggap seperti haiwan dan boleh disembelih sesuka hati.

Namun, Sharon yang turut digelar 'musuh keamanan' oleh Pengarah Eksekutif The Jerusalem Fund dan The Palestine Center, Yousef Munayyer ternoktah jua pada 11 Januari lalu.

Selepas lebih setengah abad mempamerkan taringnya daripada peringkat bawahan sehingga menjadi antara pemimpin utama rejim Israel, Sharon akhirnya menemui ajal selepas bertarung nyawa dalam keadaan koma.

Selama lapan tahun, dia hidup sebagai 'bangkai bernyawa' yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan.
Menurut Munayyer, budaya bertindak sewenang-wenangnya begitu berakar dalam kehidupan Sharon yang telah melibatkan diri dalam mesin perang Israel seawal tahun 1948.

Tambah beliau, Sharon yang dikenali dengan sikap biadap dan penyembelih di medan perang, langsung tidak menghiraukan nyawa rakyat yang tidak berdosa lantas sewenang-wenangnya membunuh mereka.
Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati
"Dari semasa ke semasa, Sharon telah meninggalkan parut berdarah yang terlalu besar dalam sejarah Palestin. Peristiwa di Qibya, sebuah perkampungan penduduk Palestin di Tebing Barat yang terletak berhampiran Garisan Hijau pada tahun 1953 adalah antara dosa terawal dilakukan Sharon.

"Serangan tentera Israel dari Unit 101 yang diketuai Sharon menyaksikan berpuluh-puluh rumah dimusnahkan ketika penghuninya masih berada di dalamnya.

"Akibat serangan bertubi-tubi tanpa belas kasihan itu, seramai 69 rakyat Palestin terbunuh. Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak," terang Munayyer dalam artikelnya yang bertajuk Ariel Sharon: Enemy of Peace yang disiarkan oleh laman web www.aljazeera.com pada 11 Januari lalu.

Sebagai Menteri Pertahanan Israel ketika itu, Sharon telah mengarahkan tentera Zionis bersama Unit Militia Phalangist Lebanon membunuh orang awam dan pelarian Palestin di kem pelarian di Sabra dan Shatila.
Pencerobohan selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 September itu meninggalkan trauma yang amat mendalam bagi mereka yang terlibat.

Dianggarkan lebih 2,000 rakyat Palestin dan 100 penduduk Lebanon terbunuh dalam peristiwa menyayat hati itu. Mereka dibunuh dengan kapak, disembelih leher dan ditembak membabi buta oleh tentera Sharon.
Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati

Malah, kaum wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Bagi Abu Jamal, insiden berdarah itu masih segar dalam ingatannya dan tidak mungkin dilupakan hingga ke akhir hayat. Dia masih ingat saat militia Lebanon mengejutkan mereka sekeluarga daripada tidur pada awal pagi lebih tiga dekad lalu

Kemudian, mereka semua diheret ke jalanan. Tentera bersenjata memaksa Abu Jamal dan ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila untuk berbaris serta memisahkan antara lelaki dan wanita.

Para pemuda pula ditarik keluar dari barisan lantas dibunuh begitu sahaja. Anak lelaki Abu Jamal yang berusia 19 tahun ketika itu merupakan antara mangsa dalam tragedi berkenaan.
"Dia berada di tahun akhir pengajiannya. Dia tidak pernah berpeluang melihat diploma yang diusahakan selama ini," ujar Abu Jamal yang memakai lencana tertera gambar anaknya yang dipinkan di baju panas miliknya

Dalam pada itu, Milany Boutrous Alha Bourje, 70, yang baru pulang dari melawat tugu peringatan menempatkan kubur besar mangsa pembunuhan di Sabra dan Shatila mengakui, masih terbayang-bayang saat suami dan anaknya ditembak mati pada hari tersebut.
Kata Bourje, Sharon sepatutnya mendapat balasan lebih teruk daripada apa yang dilalui sebelum kematiannya.

Penyembelih Beirut Ariel Sharon Akhirnya Mati
"Semoga Tuhan menghantarnya jauh ke dalam perut bumi. Saya berdoa dia merasai penderitaan seperti yang kami alami," tegas Bourje sambil menunjukkan gambar hitam putih ahli keluarganya yang terkorban.

Bourje merupakan individu yang terpapar dalam satu gambar ikonik pembunuhan besar-besaran tahun 1982 sambil menangis dan melambaikan tangannya berhampiran deretan jenazah yang terbunuh.

Ungkap wanita itu lagi, tidak ada apa yang optimis mengenai masa depan dengan kematian Sharon ini.
"Tidak ada yang berubah. Situasi dalam kehidupan yang kami lalui langsung tidak berubah," tuturnya.
Perdana Menteri ke-11 rejim Israel itu diserang angin ahmar pada Januari 2006 hingga menyebabkan beliau koma ketika karier politiknya memuncak.

Sharon dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Lily di kawasan ladang Sycamore miliknya yang terletak berhampiran bandar Sderot, Israel.

1 comment

Kathy R'bain said...

hanya Allah yang mampu membalas segala perilakunya ..