Header Ads

Prosedur RMR1M ( Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia)

Salam satu blogger. Baru-baru ini rakan aku ada meminta nasihat mengenai prosedur Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia.
Macam aku ini memang tak layak ler sebab aku tiada tanah..hehehehehe. Kalau sesiapa ada tanah memang mempunyai peluang memohon RMR1M ini..

Masalah RMR1M ini ialah  maklumat bagaimana nak buat RMR1M ini. Realitinya dalam kehidupan ini, RMR1M ini adalah peluang untuk kroni-kroni politik menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan sanak saudara.

Contoh di kawasan kampung aku ini, yang dapat rumah PPRT atau RMR1M adalah adik beradik atau anak mereka. Kenapa mereka mudah memperolehi RMR1M ini kerana mereka mempunyai ilmu dan faham prosedur ini.

Orang kebanyakan atau yang miskin macam kini ini, tidak tahu membuat sendiri dan terpaksa melukut meminta bantuan JKKK tapi haprak!!! Maaf jika terkasar bahasa tapi itulah realitinya tapi aku tahu tempat anda bukan seperti ini kan...hahahahahahaha.

Hari ini aku nak berkongsi prosedur bagaimana membuat RMR1M ini. Malahan kini anda boleh membuat RMR1M ini secara online.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Online RMR1M dan borang RMR1M boleh muat turun disini.
Dalam manuai ini terdapat syarat-syarat untuk memohon RMR1M ini. Baca dengan betul yek..hehehehe.

Cara Memohon 

RMR1M


RMR1M

Dari gambar di atas terdapat dua langkah bagaimana untuk memohon. Biasalah kalau nak mohon benda percuma ini banyak kerja kena buat..hehehehehe.

Pertama anda kena download borang  RMR1M. Aku cadangkan kau pergi dulu ke Japerun dulu sebab dalam borang tu kau kena dapatkan surat sokongan YB aka wakil rakyat kau.
Inform mereka kau buat RMR1M dan minta nasihat..

Sebab Wakil Rakyat setiap kawasan mempunyai kuota untuk beri RMR1M. Ini bidang kuasa Wakil Rakyat yang kerajaan berikan. Kalau Wakil Rakyat tak sokong tak boleh jugak...hehehehehe.

Tapi aku pasti Wakil Rakyat anda semua best-best punya, yang malas nak tolong ini bukan wakil rakyat tapi akar umbi macam JKKK atau Tok Sidang. Merekalah yang memburukkan nama Wakil Rakyat.

Tapi yang pastinya akhirnya kau kena buat semua juga tetapi apa nak buat, inilah asam garam kehidupan. Kalau kau dapat kerani Japerun yang baik, dia akan tolong buat online untuk kau sebab pasword online Japerun kena kasi...hahahahaha.

Lepas tunjuk muka dan kasi surat sokongan dari wakil rakyat. Kau kena pergi Pejabat Tanah untuk dapatkan Sijil Carian Rasmi.

Lepas tu kau ada beberapa borang kena isi dan dapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah. Seingat aku ada dua borang yang kau kena dapatkan chop Pesuruhjaya Sumpah.

Setelah semua selesai kau pergi semula ke pejabat Japerun dan hantar borang ini. Kerani Japerun nanti akan scan semua dokumen dan masukkan online. Kalau dah masuk online Wakil Rakyat boleh approve secara online. Itulah kemudahan online.

Tetapi kalau kau tengok lain macam ajer. Kau minta surat sokongan Wakil Rakyat ( harap-harap telah dicop) dan kau pos semua dokumen kau ke SPNB ( Syarikat Perumahan Negara Berhad).

Lagipun kalau kau buat online kau tetap kena pos 3 borang ke SPNB iaitu:
Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada
SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah
2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah
3) Surat Aku Janji Pemohon

Itulah secara ringkas nak buat sendiri RMR1M ini dan sebelum tu bacalah manual yang dibuat oleh SPNB.
Dibawah adalah borang-borang yang mesti ada sebelum pos ke SPNB.

RMR1M

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi:
Hotline SPNB: 1300 803838
Tel: 03- 26185555


6 comments

Sukma Haron said...

setuju sangat ada JKKKK asyik muka sama jer...tukau jer yg lain....asyik kaum kerabat dia jer yang dapat...nak minta sokongan macam melukut di tepi gantang.....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kena ikut prosedur ini yea. Terima kasih bro hanif.

Kathy R'bain said...

tak ada tanah ni...tanah kubur ada la..hehehe..

Isabel Diaz said...

Setuju. Bapak saya hampir masuk 10 kali mohon benda nie. Owg tu cakap nak tolong tapi tak jugak tolong2. Sampaikan hilang surat menyurat disimpannya. Kalau kaum kerabat dye, cepat pulak dye tolong.

gomo merah said...

blogwalking di sini

YANA DAYANA said...

bagaimana sekirannya saya beri akuan perlepasan tanah kpd pemohon dan kemudian pemohon gagal membayar seperti yg ditetapkan...ada ke tanah saya itu tergadai....