Renungan: Sentiasa Bersangka Baik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Renungan: Sentiasa Bersangka Baik

RENUNGAN BERSAMA...

Sentiasa Bersangka Baik
1 pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian... "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."

Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"

Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.

Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (jendela), pabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita.

Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersih (baik) pula PERBUATAN kita.

Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.

HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN dan PERBUATAN.

2 hal paling baik di atas kebaikan :
Sangka baik kepada Allah
Sangka baik kepada Hamba Allah

6 comments:

Raudzah Z said...

Terbaik...Salam Jumaat Hanif!!!

Sukma Haron said...

harus bersangka baik....

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

betui... bersangka baiklah... maka baiklah emosi kita jugak (^___^)

Isabel Diaz said...

Nice sharing

ain ruslee said...

nice sharing.

Kathy R'bain said...

hebat...