Header Ads

Teddy Bear Lotion Untuk Kulit Lelaki


Teddy Bear Lotion Untuk Kulit Lelaki

Musim ini musim sejuk dan berangin., Ramai yang batuk-batuk atau demam sebab tak dapat membiasakan diri dalam suasana kering dan sejuk sebegini.

Kita kan orang Khatulistiwa yang setiap hari bermandi cahaya matahari cucuk kat kepala, omputih pun respek kat orang Khatulistiwa macam kita ni sebab boleh bekerja walau pun panas terik... Tapi kini mereka ketawakan kita sebab orang Malaysia ini tak tahan sejuk..hehehehehehe.

Memanglah, sebab persekitaran kita berbeza-beza..kan..kan kan. Sebab itu, aku pun demam dan batuk hari ini. Kalau malam terpaksa pakai stokin untuk memanaskan kaki aku ini. Aku dengar khabar di Trengganu suhu kat sana mencapai kesejukan 19 darjah Celcius...pehhhhh.

Cuaca sebegini juga memberi impak kepada kulit kita iaitu ia menjadi kering. Kulit kalau kita garu, macam putih-putih dan kekasaran sedikit tanda kulit kau bermasalah dengan cuaca sekarang ni. Aku syorkan untuk semua lelaki perkasa yang ingin menjaga kecantikan kulit anda gunalah lotion Teddy Bear untuk melembabkan kulit kau..hahahahha.

Sekarang aku terpaksa pakai sebab kulit aku macam kekeringan ajer.

Ceritanya begini:
Sejak kebelakangan ini aku lihat kulit aku macam kasar berbiji-biji. Aku tanya pada wife aku adakah ini tanda-tanda demam campak atau penyakit kulit yang lain. Wife aku mengatakan ini adalah kulit yang kering disebabkan cuaca sekarang yang berangin dan kering.

Lagi menambahkan sedih aku ialah wife aku kata, umur macam aku ini kulit akan cepat kering..huhuhuhuhu.

Lalu wife aku suruh aku pakai lotion pelembab beliau. Pada mulanya aku malas nak sapu tetapi setelah dipaksa aku pun sapu. Dan memang betul, kulit yang agak kekeringan tu tak gatal.

Pada keesokkan paginya, wife aku kasi satu botol lotion pelembab Teddy Bear bawa ke tempat kerja dan sapu kat tangan kalau rasa kekeringan. Mahu tak mahu terpaksa ler aku bawa dan sapu pada tangan aku ini....huhuhuhuhuhu

Aku kata kat wife aku tak payah ler bawa nanti kawan-kawan kat kilang mesti kutuk aku kaw-kaw punya..hehehehe.  Wife aku kata, sebenarnya orang yang kutuk aku ni adalah orang yang ketinggalan zaman, padahal ramai sekarang lelaki yang pakai lotion pelembab.

Dulu lelaki tak pakai tetapi disebabkan cuaca sekarang ini dan tempat kerja yang ber air-cond adalah wajar kena pakai lotion pelembab ini.

Aku pun malas nak berbahas dengan wife aku sebab aku tahu aku mesti kalah punya, Kalau aku menang pun , aku tetap terasa macam kalah juga sebab bila wife aku kalah ia mesti monyok tak mahu cakap ngan aku..hehehehe Baik kasi menang..ahaks...

Lagi pun aku fikir, kalau aku pakai aku tak rugi apa-apa pun kan.

Dan terkini wife aku ada mencadangkan menggunakan pelembab bibir pula. Wife aku kata bibir aku hitam birat, baik pakai pelembab bibir.

Setakat ini aku berjaya menolak permintaan wife aku kerana stok untuk pelembab bibir tak der. Nasib baik!!!

Teddy Bear Lotion Untuk Kulit Lelaki

2 comments

ina said...

mmg bgs pakai lotion..kulit kita x kering..

Kathy R'bain said...

ok pki losyen..