Header Ads

Apa Itu i-BR1M 3.0?

Apa Itu i-BR1M 3.0?
Ingatkah tempoh hari PM kita ada memberitahu setiap penerima iBR1M akan telah ditolak RM50 untuk insuran i-BR1M. Kita semua  berhak mengetahui apakah kelebihannya. Jom baca..

Maklumat Asas?
i- BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M di uruskan oleh konsortium pengendali Takaful.

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i - BR1M?
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i - BR1M .
Manakala penerima BR1M kategori bujan g dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i - BR1M.

Bilakah tempoh perlindungan i - BR1M?
Tempoh perlindungan  -BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.

* Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan adalah berdasarkan keadaan yang bermaksud seperti berikut :
a. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada kedua - dua belah mata; atau
b. kehilangan sekurang - kurangnya dua (2) anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali; atau
c. kehilangan penglihatan kekal dan menyeluruh pada sebelah mata dan hilang salah satu anggota badan pada atau di atas pergelang an tangan atau buku lali.

Apakah Manfaat-Manfaat i-BR1M?

Apa Itu i-BR1M

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?
Borang tuntutan i - BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat - turun di:
a. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
b. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
c. Mana - mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian

Dokumen - dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Apa Itu i-BR1M

Kemukakan borangtuntutan i-BR1M bersama-sama dengan dokumen yang kepada senarai perkhidmatan dan cawangan seperti dibawah:
Apa Itu i-BR1M

Bilakah tuntutan akan dibayar?
Borang tuntutan i - BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i - BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i - BR1M seperti berikut:

Hotline: 03-2716 2716
Emel: i-BR1M@takaful-ikhlas.com.m

Nota: Sila ambil perhatian bahawa pernyataan ini berfungsi sebagai maklumat asas dan ia tidak akan dianggap sebagai kontrak takaful dan/ atau nasihat pakar. Terma - terma dan syarat - syarat terperinci i - BR1M dinyatakan dalam Sijil Induk dan boleh didapati di www.malaysiantakaful.com.m.
Boleh di-print disini--pdf file

6 comments

Kisah Si Dairy said...

ramai yang dah kecoh brim dah masuk...hehehe..

Sukma Haron said...

nice info...baru tahu...

RDZ Z said...

Oooo..macam tu ka..Nway Tahnks Hanif for info..

shahdiana said...

singgah sini...ooo...barulah tahu...TQ share info...

Kathy R'bain said...

Nice info.

Anonymous said...

tq 4 info...mmg tgh mncr2 info ni