Header Ads

Drama Ariana Rose VS Novel The Wedding Breaker

Drama Ariana Rose VS Novel The Wedding Breaker
Sekarang ini tengah hangat diperkatakan drama Ariana Rose di Slot Akasia TV3 diadaptasi dari novel The Wedding Breaker oleh penulis Evelyen Rose.

Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00malam. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013.

Rasanya tak perlu aku menulis sinopsis penuh tentang novel The Wedding Breaker ini kerana sumber-sumber boleh diperolehi dari laman sesawang.

Dalam drama ini, penerbit menggunakan tajuk drama Ariana Rose bukannya The Wedding Breaker pada mulanya telah menimbulkan kesangsian aku.

Kan lagi mudah untuk mempromosikan drama ini menggunakan novel asal The Wedding Breaker seperti mana-mana penerbit lain gunakan dahulu?

Drama Ariana Rose VS Novel The Wedding Breaker
Sesiapa yang sudah membaca novel The Wedding Breaker yang diterbitkan pada bulan November 2012 ini sudah tentu dapat melihat perbezaan dalam drama Ariana Rose ini baru-baru ini.

Perubahan yang ketara ialah dalam drama Ariana Rose ini Liyana telah mengupah Jefri mencederakan Ariana dengan asid.

Situasi rancangan menyimbah asid hingga tertangkapnya Jefri oleh bodyguard Tengku Adam dan episod semalam kematian bodyguard Tengku Adam tidak langsung ditulis oleh penulis The Wedding Breaker.

Drama Ariana Rose VS Novel The Wedding Breaker
Dan aku merasakan banyak perubahan lain akan berlaku. Dan aku nasihatkan sesiapa yang ingin membeli novel The Wedding Breaker jangan kecewa nanti jalan ceritanya agak lari banyak sikit.

Selain itu bagaimana kehidupan Ariana Rose yang telah berkahwin dengan Tengku Adam diganggu oleh adik tirinya cuba menggoda Tengku Adam adakah sama seperti tertulis di novel The Wedding Breaker?

Namun secara peribadi aku melihat anjakan dalam menaikkan imej drama Ariana Rose ini berbeza dengan novel The Wedding Breaker adalah satu perubahan yang menarik.

Kami penonton semasa menonton drama ini sentiasa dalam keadaan teruja apakah yang berlaku seterusnya pada Ariana, Tengku Adam dan terkini Ramzul yang telah mengetahui niat jahat adiknya Liyana.

Dalam hal ini juga telah menjawab persoalan aku kenapa penerbit mengambil tajuk drama ini Ariana Rose bukannya The Wedding Breaker.

Walau  bagaimanapun tindakan mengubahsuai drama ini telah menyebabkan isteri aku terpaksa selongkar kembali rak bukunya mencari novel The Wedding Breaker ini..hehehehehehe.

Buat pembaca tegar novel sudah tentu amat tidak berpuas hati kan? Tetapi apa nak buat, penulis dan penerbit telah bersetuju skrip ini diolah sedemikian. lagipun tajuknya pun berbeza..

Yang penting, aku tak sabar nak menonton sambungan demi sambungan episod drama Ariana Rose. Aku tengah sakit hati dengan Liyana ini...ahhhhhhh!!!



6 comments

Ibu Amirul said...

en. hanif pun layan juga ke drama tu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Jika tengok sampai habis boleh bezakan nanti bila kita baca novelnya kan Bro HI.

OhPanduan said...

Cerita daripada novel biasanya akan ada perubahan juga. Nak bagi penonton tertarik. Jika sama macam dalam novel tak ada yang nak tengok pula sebab dah baca novel.Macam tu kot yang mereka fikir.

Hanif Idrus said...

Sebenarnya aku tak layan sangat tapi terpaksa layan sebab wife peminat tegar....hahaha

Wana Owen said...

saya lagi suka versi novel.pasal watak liyana dlm novel x jahat sangat.hihi..

Kathy R'bain said...

Krg suka tgk adaptasi.