Duduki Ujian Memandu Sebanyak 27 Kali - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Duduki Ujian Memandu Sebanyak 27 Kali

Duduki Ujian Memandu Sebanyak 27 Kali
Aku respek lelaki ini kerana sikap tidak putus asa beliau. Kalau aku ler dah lama aku nak belajar lagi...hehehehe

Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.

Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.

Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.

Namsheed yang berasal dari Kasargode, Kerala sebelum ini berniat untuk mendermakan sejumlah wang jika berjaya lulus ujian memandu.

“Sebelum ini, apabila gagal dalam bidang muzik dan filem, kawan-kawan mengejek saya. “Bila percubaan saya untuk mendapatkan lesen memandu juga mengambil masa yang lama, saya sekali lagi menjadi bahan gurauan.
“Namun, kini semua kawan mengucapkan tahniah kepada saya. “Mungkin saya akan menghasilkan filem berdasarkan pengalaman saya untuk mendapatkan lesen memandu.

“Tetapi sebelum itu saya perlu tunaikan hajat yang dibuat dan mendermakan wang untuk tujuan kebajikan,” katanya.

7 comments:

RDZ Z said...

salute..Never give up!!!

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Memang respect la kat lelaki tu

Budak Kampung said...

wah untg la ko kan senag hati dpt lesen lepas 2 kwin...bro hanif mesti xd nak jadi mcm 2 kan?

pssttt kena baca!

http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/02/dalam-diam-diam-si-blogger-lelaki-ini.html

Saya Disini said...

bgus..xputus asa,,

Syukri Mohtar said...

kena penuh dengan kesabaran dan duit mesti banyak :D

Syukri Mohtar said...

kena penuh dengan kesabaran dan duit mesti banyak :D

Kathy R'bain said...

Hmm..sampai 27 kali.terbaiklah..