Harga Baru eQurban Untuk Program Qurban Dan Aqiqah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Harga Baru eQurban Untuk Program Qurban Dan Aqiqah


Bermula 1 Januari 2014 bersamaan 28 Safar 1435, Pihak pengurusan eQurban.com telah membuat keputusan akan menaikkan harga produk lembu kepada RM280/bahagian atau RM1960 seekor.

Namun begitu, bagi kambing harga seekor masih lagi pada harga lama iaitu RM550/ekor.

Perubahan ini terpaksa kami lakukan atas faktor matawang yang digunakan di Cambodia. Kenaikan matawang USD menyebabkan kos bagi penternakan di Cambodia turut meningkat.


Pun begitu pihak kami yakin semua masyarakat di luar sana memahami senario ini dan Insyaallah dengan kesinambungan usaha kami, dan penglibatan yang berterusan masyarakat dalam program ini akan membolehkan pembangunan sosio ekonomi islam Cambodia akan terus berjalan lancar.

Ketahuilah sepanjang 4 tahun ini, kita telah memberikan sumbangan yang cukup besar dalam masyarakat Islam di sana. Ramai peserta yang menyertai semasa program Kembara Qurban. Kami telah melihat sendiri perkembangan dan aktiviti yang telah eQurban.com lakukan yang meliputi ekonomi dan pendidikan.

Diharapkan kepada rakan niaga dapat mengambil perhatian kepada perkara di atas dengan sewajarnya.
Terimakasih dan selamat tahun baru.

1 Ekor Lembu – RM1750 / 595 USD (International)---KINI RM1960
1 Ekor Kambing – RM550 / 190 USD (International)----KEKAL
1 Bahagian Lembu – RM250 / 85 USD (International)----- KINI RM280

1 comment:

Kathy R'bain said...

wah..untung siapa membela lembu dan kambing ni..