Hotel Buaya Di Australia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hotel Buaya Di Australia

Hotel Buaya Di Australia
Sesiapa yang terbang melintasi Wilayah Utara, Australia mungkin dapat melihat binaan menyerupai seekor buaya yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

 Namun, ia sebenarnya sebuah hotel unik yang dibina membentuk reptilia yang di- geruni itu, terletak di tengah Taman Warisan Dunia.

Hotel Buaya Di Australia
Gagudju Crocodile Holiday Inn, hotel milik warga tempatan di Taman Negara Kakadu, berada kira-kira dua jam perjalanan dari Darwin.

 Kakadu adalah taman negara terbesar di Australia meliputi kawasan seluas 19,000 kilometer persegi -sama dengan saiz Republik Slovenia - dan menawarkan semua pengalaman menarik di negara ‘Crocodile Dundee’ itu.

Reka bentuk hotel yang unik itu melambangkan ‘penduduk’ terkenal di Kakadu, buaya air masin. Terletak di bandar Jabiru, hotel itu menjadi pilihan pelancong yang ingin meneroka kawasan utara Kakadu.

Taman negara itu menjadi habitat kepada lebih 10,000 buaya, bersamaan dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi reptilia itu di Wilayah Utara.

 Lebih separuh kawasan di Kakadu yang diisytiharkan sebagai taman negara dalam tiga peringkat antara 1979 hingga 1991 adalah tanah masyarakat orang asli Australia. Pemilik warga tempatan menguruskan perjalanan taman berkenaan bersama Parks Australia.
Hotel Buaya Di Australia

2 comments:

Normi Nieza said...

takutlah plk tgk hotel tu..:)

Kathy R'bain said...

Aduhai...buaya tu..