Isu Pengantin Perempuan Ditipu Bila Pengantin Lelaki Lesap - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Isu Pengantin Perempuan Ditipu Bila Pengantin Lelaki Lesap

Pengantin Perempuan Ditipu Bila Pengantin Lelaki Lesap

Pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, aku lihat banyak majlis perkahwinan berlangsung dan dalam majlis perkahwinan sebegini, perkara yag paling ditakuti apabila pengantin lelaki tak muncul-muncul!!!

Inilah kes yang terjadi di Pengkalan Chepa baru-baru ini!!!

Aku kasihan dengan bakal pengantin ini, mesti malu besar pengantin lelaki tak datang pada majlis persandingan mereka.

Dan ler tu, duit pun kena tipu RM25,000 oleh pihak lelaki. Macam mana boleh jadi macam ini yek. Aku pun hairan gak sebab masa merisik dan bertunang kan ada Tok Sidang dan juga dokumen untuk menikah.

Ini aku salahkan ibu bapa yang sambil lewa tentang perkahwinan anak mereka tanpa melakukan siasatan atau berkunjung ke rumah bakal besan mereka. Perkara sebegini sudah berkali-kali berlaku di kalangan orang Melayu kita ini.

Apatah lagi pengenalan melalui internet sudah sepatutnya mendatangkan curiga yang besar pada keluarga mereka. Untuk pengantin perempuan sudah tentu tak terfikir perkara begini akan berlaku padanya kerana hati tengah gembira kan..hahahaha.

Inilah tugas ibu bapa atau abang untuk menyiasat bakal suami adik mereka samda betul ker tidak. Buatnya berkahwin dengan suami orang , kan dah kes naya.
Dalam kes ini, kena tipu duit sampai RM25,000. Itu belum tahu lagi tah-tah dah kahwin sebelum nikah..lagi parah!!..

Aku berharap isu ini menjadi pengajaran untuk kita semua dan aku. Zaman sekarang ini manusia sanggup berlaku kejam hanya kerana duit!!

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.

Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki tidak muncul selepas tiga jam menunggu.

Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.

Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama.

Pengantin Perempuan Ditipu Bila Pengantin Lelaki Lesap
Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga. Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.

Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.

Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki terbabit untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut memberikan alasan ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang hantaran.

Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali lagi sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak komitmen. Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak begini," katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.

Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang muncul.

Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.

Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan ayah pada 1999.

Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang tidak memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Pengantin Perempuan Ditipu Bila Pengantin Lelaki Lesap
Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata, laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana ia melibatkan maruah keluarga.

"Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta adik memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya masih lagi berfikiran positif.

Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin lelaki yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga jam 5 petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada majlis nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam masjid untuk akad nikah,” dakwanya.

Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.
Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.

"Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya. Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1 Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.

Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya selepas solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa pelik. Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima dengan baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira pasal duit tetapi ini melibatkan maruah," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

7 comments:

Moo Neer said...

melampau macam tu..

Kathy R'bain said...

kesian sangat...

belogisam said...

kes macam ni pon ada,, apa punya janji la.. (marah sikit ni)haha

Normi Nieza said...

saman malu jer org mcm tu..huhu

Azlan Strider said...

betul tu bro, rasanya dia sebagai seorang pensyarah sepatutnya dia selidik dulu bakal2 suami dia tuh.. tapi lelaki yang tipu macam nie memang kejam dowh...

Regards,
-Strider-

Kisah Si Dairy said...

memang pelik..kenapa bagi lelaki tu smpi 25k..setuju jugak dengan pendapat hanif tu...kena tau dulu la latar belakang keluarga...
kesian bakal pengantin tu..

Anonymous said...

Pengantin pompuan tu yg bodoh.....sepatutnya lelaki bawa duit hantaran utk pompuan tapi dah terbalek pulak...cam pompuan desprate jek aku tengok.