Kaki Wayang: Pompeii

 Pompeii
Hari Rabu yang lalu aku dan wife aku menonton filem terhangat dipasaran ketika ini iaitu Pompeii.

Filem ini dalam kategori 18sx dimana kanak-kanak tidak boleh menonton disebabkan keganasan dan pembunuhan yang agak melampau...

Tetapi tidak seteruk filem 300 yang pernah aku tonton dulu, lagi dahsyat!!!

Ranking yang aku boleh kasi pada filem Pompeii 3.5/5 ler... Filem ini dari mula hingga habis memang tak bosan tengok.

Filem ini berkisar tentang kehidupan hero bernama Milo dari keturunan Celtic dimana keluarganya telah dibunuh oleh tentera Roman di bawah pimpinan Senator Corvus semasa beliau kecil.

Kemudian beliau telah ditawan dan menjadi hamba untuk perlawanan Gladiator. Disebabkan beliau ini berbakat dalam Gladiator maka beliau telah dibawa ke Pompeii untuk berlawan di arena yang lebih hebat.

 Pompeii
Semasa disana beliau telah berjumpa dengan puteri Pompeii bernama Cassia dan bermulalah siri-siri jatuh cinta yang hangat...hehehehehe.

Dan kemudian nak dijadikan cerita beliau juga telah berjumpa semula pembunuh keluarganya Senator Corvus dan konco-konconya.

Dalam cerita ini bermula dengan percintaan Cassia dan Milo serta campurtangan Senator Carvus yang mahukan Cassia. Dan ditambah lagi unsur-unsur dendam menyemarakkan kerakusan keganasan filem ini.

Klimak cerita ini bermula apabila letusan gunung berapi yang menenggelamkan bandar Pompeii.
Semasa letusan gunung berapi ini, pergaduhan masih lagi berlaku antara Milo dan Senator Carvus dalam menyelamatkan diri mereka dan perebutan kekasih.


TETAPI pengakhiran filem ini memangtak best!!! Hero dan heroin Pompeii ini akhirnya mati juga ditelan oleh gunung berapi Pompeii. Pehhh!!!  memang aku frust jugak ler...

Sebab tu aku kasi ranking 3.5/5 sebab aku tengah emosional hero mati...huhuhuhuhu.
 Pompeii




Share:

8 comments