Header Ads

Kenapa Affiliate Adalah Baik Untuk Newbies Bisnis Online?

Kenapa Affiate Adalah Baik Untuk Newbies Bisnis Online?
Salam satu blogger. Apabila kita berbicara tentang bisnis on line semuanya manis belaka. Setakat ini aku tak pernah temui artikel yang menulis kegagalan dalam bidang bisnis online ini...hehehehe.

Jika kita berminat dalam bidang perniagaan on line, ini ramai blogger mengatakan mencuba dahulu bidang affliate.

Affiliate adalah satu program di mana kita bertindak sebagai agen dengan mempromosikan produk orang lain sekaligus akan menerima bayaran komisyen jika ada orang membeli produk tersebut dari link affiliate yang kita promosikan.

Cuma kelemahan affiliate marketing ini ialah kadar margin keuntungannya adalah rendah berbanding produk kita sendiri atau kita menjalankan dropship.

TETAPI cara promosi dan kepayahan dalam mempromosikan produk jualan kita adalah sama seperti dropship mau pun produk sendiri.

Sebab itulah ramai blogger-blogger mencadangkan jika newbies bisnis online mahu mencebur diri dalam bidang ini, cuba dahulu affliate marketing ini. Dalam hal ini jangan pedulikan tentang keuntungan tetapi bagaimana anda hendak mendapatkan trafik dan sales dari blog affliate anda.

Jika anda mampu maintain sales anda dan peningkatan dalam pengunjung ke blog affliate anda maka teknik ini boleh digunakan ke blog dropship atau produk anda sendiri.

Kenapa Affiate Adalah Baik Untuk Newbies Bisnis Online?
a) Kos Efektif
Tak perlu kos...kerana produk anda adalah dari kedai-kedai affliate yang lain Jika anda mempunyai produk sendiri, anda terpaksa mengambil gambar dan review tentang produk tersebut.
 
b) Mudah
Anda cuma copy gambar tersebut dan dapatkan deeplink mereka dan tempel di blog affliate anda.
JIka anda membuat blogshop dropship adalah sama seperti di atas tetapi anda kena membuat kod produk, membuat contact form dan transaksi wang kerana setiap pembelian methodnya sama seperti produk sendiri.

c) Tiada Stok
Melaui affliate marketing anda tidak perlu menyimpan stok. Anda tidak perlu risau jika produk anda tidak terjual. Dalam hal ini dropship juga

d) Masa
Membuat produk affliate masa yang digunakan amat pendek. Tetapi untuk membuat bisnis online samada produk sendiri atau dropship ianya memakan masa yang agak lama. Terutama dari segi penambahan tugas untuk mengenal pasti kod produk.
Kenapa Affiate Adalah Baik Untuk Newbies Bisnis Online?

Masa Untuk Diuji
Disebabkan atas alasan tersebut, maka untuk newbies yang sedang membara untuk mendapatkan WANG dari bisnis online yang diwar-warkan memberi keuntungan dengan cara senang digalakkan mencuba bidang affliate ini.

Stress, kepayahan teknik pemasaran dan disiplinnya adalah sama seperti  anda menjalankan bisnis online dropship atau produk sendiri.

Biasanya yang mengagalkan bisnis online ini ialah sikap putus asa apabila tak dapat sales selama berbulan-bulan..hehehehehehe.
At least kalau gagal pun, anda tidak membuang masa yang lama...ahaks.

TETAPI jika berjaya maka anda mampu untuk melakukkan lebih jauh lagi dalam bisnis on line ini.

Untuk aku secara peribadi, semua orang patut mencuba bidang affliate ini kerana sehari ia hanya memakan masa anda 30 minit sahaja untuk masukkan produk ke blogshop anda cuma memakan masa ialah teknik promosinya.

8 comments

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Perkongsian yang menariknya :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Info yang berguna ini. Terima kasih bro hanif.

Wana Owen said...

saya pun baru start join affiliate bisnes ni.hihihi..

Wana Owen said...

saya pun baru join bisnes affiliate ni.hihi...

www.mudahniaga.my/mazwana

♥ Nana BamBam ♥ said...

macam best je bisnes Affiliate ni.

♥ Nana BamBam ♥ said...

macam best je bisnes Affiliate ni.

Pha Is said...

perkongsian yg baik.. sekarang saya blom lagi terfikir nk serius dalam bidang ni. tapi sekurang-kurangnya dapat timba ilmu dari sini..

Kathy R'bain said...

Hmm..nice info.