Header Ads

Kisah Disebalik Teresa Kok Onederful Malaysia

Teresa Kok Onederful Malaysia
Semalam semasa aku menonton TV3 aku lihat kekecohan tentang video clip DAP Seputeh Teresa Kok bertajuk "Onederful Malaysia" yang berkias memangkas beberapa pemimpin serta isu-isu kenaikan harga pada tahun ini.

Bagi aku, idea video You Tube ini merupakan satu pembaharuan dalam arena politik Malaysia ini. Inilah kelebihan Pakatan Rakyat yang selalu mendahului dalam memaksimakan teknologi media untuk mempromosikan ideologi mereka.

Berbanding dengan Pakatan Barisan Nasional yang masih lagi tercari-cari mekanisma terbaik merapatkan hubungan mereka dengan rakyat. Masih lagi berada di takuk lama dalam mempromosikan ideologi mereka.

Teknik komedi Teresa Kok dalam Onederful Malaysia memang cukup menarik. Saya yang menonton You Tube Video DAP Seputeh ini ketawa melihat gelagat pelakon-pelakon mereka.


Tetapi secara peribadi saya mengganggap video komedi ini yang dilakukan oleh Teresa Kok agak kebudak-budakkan. Teresa Kok adalah salah seorang pemimpin karismatik yang membuat video sedemikian saya terasa kejanggalannya.

Wajarkah seorang pemimpin membuat lawak politik dalam You Tube. Ia merendahkan martabat ahli politik tersebut secara tak langsung. Untuk saya, seorang pemimpin haruslah mempunyai etika dan standard yang tersendiri.

Teresa Kok Onederful Malaysia
Saya lihat video ini seolah-olah macam Maharaja Lawak terbitan Astro. Sudah tentu pihak-pihak tertentu akan mengatakan, yang penting mesej yang ingin disampaikan diterima oleh rakyat tidak kira apa cara yang digunakan.

Tetapi persoalan timbul adakah untuk menyampaikan pendirian anda, kita boleh menghalalkan semua cara walaupun ia tidak beretika?

Sebenarnya saya pun tidak ketahui keujudan video ini hinggalah semalam saya menonton TV3. Ini pun satu masalah iaitu kita mempromosikan video Onederful Malaysia ini.  Hinggakan saya tertarik untuk melihat video ini..hehehehe.

Ramai yang beria-ria mengutuk video yang dihasilkan oleh Teresa Kok Onederful Malaysia ini hinggalah 4 NGO telah membuat laporan polis berkenaan video ini. Dan terdapat seorang menteri mahukan tindakan diambil kepada Teresa Kok.

Saya rasa dari mengheboh-hebohlkan isu ini adalah lagi baik kita mendiamkan diri sahaja. Saya merasakan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa Kok yang merupakan golongan elit politik Malaysia tidak mungkin kesampaian. Sudah banyak kali kita melihat perkara sedemikian.

Lagi pun video ini bukan secara terang-terangan membelasah pakatan BN tetapi secara kiasan. Siapa makan cili terasa pedasnya...

Lainlah kalau aku iaitu golongan marhaen yang membuat video ini. Sudah tentu malam tadi video aku sudah kena banned..hahahahaha.

Semalam aku lihat pageview untuk video ini agak rendah tetapi aku jangkakan sudah pasti hari ini mencanak naik disebabkan promosi oleh TV3.

Walau apa pun pengajaran yag kita perolehi dari isu ini ialah kita sentiasa kena improve dari masa ke semasa. Jika di takuk lama  kita akan ketinggalan. Lihatlah Teresa Kok berani manipulasi teknologi media yang ada untuk menyampaikan ideologinya.

Kedua sebagai pemimpin kita harus mempunyai etika dalam menghalalkan cara atau tindakan kita. Ini pendapat peribadi aku sahaja. Mungkin bagi pihak lain, ianya terbaik dan pihak lain ianya keterlaluan. Ianya subjektif.

Walau apapun, senario poliik Malaysia semakin meriah dengan You Tube kini menjadi paltform dalam mengutarakan pendapat mereka.

Artikel ini tidak menyentuh mana-mana pihak. Saya menulis berdasarkan kebaikan dan keburukan video dan mengajak kita berfikir apakah ilmu yang kita boleh pelajari dari isu ini.

Takut juga  artikel ini saya ini disalah faham kan, aku ini NOBODY...hehehehehe.

7 comments

Farah Waheda Wahid said...

jadi isu hangat video ni... hu hu hu...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Boleh cuba tengok apa yang bro Hanif bagitahu. :-)

OhPanduan said...

Macam-macam dunia politik negara kita. Semoga rakyat mendapat kebaikan.

Isabel Diaz said...

Wah, ada isu baru. Hahah. Tapi saya belum tengok lagi video tu. Hihi.

Kathy R'bain said...

Belum ada ms tgk lagi ni..itulah dia,tv3 selalu promote citer hot.dr org tak tau jadi tau..

Sweet Siti Shop said...

Subtitle yg disertakan dlm video itu sebenarnya tidak sama dgn apa yang mereka ckp kan....

Sweet Siti Shop said...

Subtitle tidak sama seperti apa yg mereka tulis...