Main Bola Pun Sumpah Quran?

Main Bola Pun Sumpah Quran?
Kekecohan bolasepak Malaysia kini telah memasuki ke alaf berikutan isu T-Team meninggalkan padang selepas tidak berpuas hati dengan JDT  dan kemudiannya timbul isu Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Ingatkan dah selesai isu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)  membuat keputusan apabila menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke atas T-Team walaupun kelab dari Terengganu itu mengharapkan aksi pusingan kedua Piala FA pada Sabtu lalu yang tertangguh itu diadakan semula.

Ia gara-gara kenyataan Irfan sebelum ini yang mendakwa tiada sebarang insiden panas berlaku di dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Kenyataan Irfan jelas bertentangan dengan pihak T-Team yang mendakwa pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazz telah dikasari di dalam terowong stadium itu ketika menuju ke bilik persalinan.

Dan semalam timbul cerita baru apabila pemain dan pegawai T-Team beramai-ramai mengangkat sumpah  Dalam sumpahnya itu, khususnya penolong jurulatih, Azlan Johar menyatakan insiden pemain import, Evaldo Rodrigues ditumbuk dalam terowong Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada malam 1 Februari lalu, adalah benar dan dia tidak berbohong.

Majlis angkat sumpah yang didahului Azlan turut disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, pemain dan pegawai T-Team dan Terengganu

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengotakan janjinya apabila menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di sebuah hotel, di sini.

Main Bola Pun Sumpah Quran?
PERSOALANNYA wajarkah hanya kerana bolasepak semua pemain yang merasakan diri mereka betul dan harus menggunakan kaedah sebegini?

Adakah tiada kaedah lain yang boleh digunapakai dalam mengatasi masalah sebegini samada dari segi perundangan ataupun perundingan?

Dan setiap tindakan angkat sumpah menggunakan Quran ini adakah mendapat restu Sultan Trengganu sebagai ketua agama atau pun Mufti Negeri Trengganuu..

Saya tidak mencemuh tindakan mengangkat sumpah Quran ini tetapi perbuatan sebegini haruslah mempunyai kawalan atau prosedur yang tertentu. Jika tidak ia akan berada diluar kawalan dan akhirnya mengangkat sumpah Quran akan menjadi satu trend untuk orang Islam di Malaysia.

Jika hanya kerana bola kita sanggup sumpah Quran apatah lagi jika seseorang yang dituduh membunuh, merompak dan sebagainya.

Masalahnya kecil sahaja iaitu pemain T- Team iaitu Irfan berbeda pendapat dengan pemain-pemain lain mengenai kekasaran yang dilakukan oleh pemain JDT.

Mungkin pada Irfan definisi kekasaran yang dilakukan oleh pihak JDT bukannya kasar dan pendapat pihak lain sebaliknya. Aku pun tak tahu apa yang berlaku...hehehehe

Dan sebagai pemain T-Team bagaimanakah pihak pengurusan mengawal pemain mereka sendiri. Adakah Irfan bercakap benar atau bohong. Masalah sebegini sepatutnya di kawal dan diurus oleh pihak T Team sendiri dengan melakukan siasatan dalaman terlebih dahulu.

Saya menulis disini bukannya kerana menyokong JDT atau mencemuh T-Team tetapi kapasiti sebagai muslim yang merasakan sumpah Quran ini haruslah dikawalselia. Takut tidak terkawal hingga menjadi satu trend yang tidak sihat.

Share:

11 comments