Header Ads

Padah Kalau Malas Blogwalking

Padah Kalau Malas Blogwalking
Blogwalking merupakan satu tradisi tradisional yang tidak wajar dipertikaikan oleh blogger sebagai satu kaedah terbaik dalam mempromosikan sesebuah blog.

Sebelum ujudnya kaedah ping auto, pakar-pakar SEO, spam-spam yang mengambilalih keterujaan mendapatkan pageview atau trafik.

Blogwalking tetap diperlukan kerana ia bukan sahaja memberi pageview unik tetapi ianya juga menyumbang populariti sesebuah blog tersebut dari segi pertambahan komen dan juga  pembaca yang tetap.

Secara tak langsung melalui blogwalking ianya akan mengurangkan bounce rate sesebuah blog tersebut disebabkan mereka yang datang ke blog anda sememangnya membaca entri anda.

Seseorang blogger itu boleh mendabik dada, ia tidak memerlukan blogwalking lagi kerana 70%-80% trafik beliau datangnya dari enjin carian.

Yang malas berblogwalking ini selalunya blogger yang anggap dirinya dah senior. Tanpa blogwalking seorang blogger senior boleh mencapai minimum 1000 pageview sehari. Apatah lagi jika pagerank blog blogger senior ini berPR tinggi, maka potensi diindeks dalam enjin carian utama amatlah tinggi.
Padah Kalau Malas Blogwalking

Ya, aku akui impian semua blogger ingin mencapai kedudukan dalam enjin carian. Tetapi amatlah tidak berbaloi jika anda mengabaikan blogwalking!!!

Inilah yang terjadi pada aku. 5 bulan kurang sangat berblogwalking kerana aktiviti harian disesakkan dengan masalah kerja dan belajar.

Dalam hati berkata, tak per ler. Kalau aku tak blogwalking pun pageview aku tetap 1000 pageview sehari sebab 80% pageview aku datangnya dari enjin carian!! Angkuh!!

Lama-kelamaan pageview aku menurun kerana terlalu mengharap carian enjin. Dari sini aku pelajari, jika bergantung pada enjin carian, pageview anda tidak stabil. Ianya akan naik mencanak jika entri terdahulu anda pada bulan tersebut mempunyai isu yang hampir sama.

Jika tiada isu semasa, maka pageview anda kurang. Tetapi yang pasti bounce rate naik kerana pembaca yang datang kebanyakkan tidak membaca entri anda. Hanya lalu dan lihat melalui enjin carian sahaja.

Padah Kalau Malas Blogwalking
Alexa sudah pasti akan menurun!!! Kerana kemalasan blogwalking secara tak langsung akan membawa kepada satu lagi kemalasan iaitu malas updated entri setiap hari.

Sebab apa blogger senior jarang buat entri sebabnya total entri yang mereka ada telah terlalu banyak. Sebagai contoh total entri aku sejak berblogging ialah melebihi 4000 entri!!!

Berdasarkan kesombongan dan keyakinan diri, mereka tidak perlu updated entri setiap hari kerana mereka mempunyai 4000 simpanan entri yang tersimpan dalam enjin carian. Cukuplah dalam sehari, pengguna enjin carian mencari keyword yang terkena pada 2 atau 3 buah entri sehari sudah cukup mendapatkan pageview 1000 pageview ke atas!!

Disebabkan kemalasan updated entri, secara tak langsung Alexa anda akan jatuh. Dahulu Hanif Idrus Blog Alexa pernah bawah 100,000 dan kini lihat gambar kat atas.

Alexa link melalui pertukaran exchange atau bloglist dahulu 430 ke atas dan kini hanya tinggal 380 sahaja.

Perkara di atas yang aku terangkan ialah dari segi teknikal. Padah yang paling teruk kalau anda malas blogwalking yang aku benar-benar terasa ialah anda akan kehilangan rakan-rakan maya anda dan maklumat/ilmu/informasi terbaru!!

Kalau anda malas berblogwalking macam mana anda nak tahu isu-isu semasa yang berlaku!! Dan macam mana anda nak mengeratkan silaturahim sesama rakan blogger!!!

Kesimpulan yang aku pelajari, blogger sombong Hanif Idrus ini perlu patah balik dan pergi ke arah jalan yang benar!! Jangan jadikan alasan aktiviti sibuk hingga tiada masa berblogwalking.

Kalau sibuk sangat, janganlah buat blog!!! Lagi senang..orang tak marah kau malas blogwalking dan kau tak perlu lihat blog kau ni..hehehehehehe.

Ingatan untuk aku yang semakin jauh dari tujuan berblogging mencari rakan dan bertukar ilmu....hehehehe

17 comments

Mia Kassim said...

Betul3...bw sedikit sebanyak menyumbang peratusan pengunjung blog... :-)

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum..bro Hanif,

wahh.. penting BW nie.Insaallah x lupa BW ker blog kekawan. Dahulu suka visit sini dengan tutorial bro, tp sekarang kurang sangat bro update pasal tutorial..

mselim3

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kena rajin buat BL.. dapat ilmu hari ini.

OhPanduan said...

Perkongsian yang baik ni bro HI.

ieta mat saad said...

Happy blogging n blogwalking encik Haniff

baby comel said...

Aduhhh, abg hanif perli kita ler tu.... hehehe, kalau malas sgt jgn buat blog. Aduhhh, kena btg idung plk ni. Baik abg hanif, nanti kita perbaiki blk niat dan matlamat kita eh. Terima kasih menegur :)

Linda said...

Entry yg menarik...terima kasih utk info. Mmg blogwalking boleh menambah pengetahuan dan info...mmg seronok, cuma mungkin kdg2 x sempat comment. Ada perbezaan ke klu kita cuma jadi silent reader vs rajin comment?

Hanif Idrus said...

hahahaha...
Sebenarnya entri ini untuk saya..
memang dah lama tak blogwalking..

Tutorial blogging pun dah lama tak but..ahaks

Kisah Si Dairy said...

betul tu...bila dah lama tak update n blogwalking,,beginilah hasilnya..

Akif Imtiyaz said...

SETUJU SETUJU SETUJU ...
Sekarang ni pon masa nak BW tak mencukupi huhuhuhu

MaMa Rey said...

Mcm sy lah tu Hanif hehehe..BW kdg2 sj..tq entry ni Hanif...

Isabel Diaz said...

Saya punya pun menurun. Malas betul saya blogwalking sekarang. Setiap kali blogwalking mesti rasa mengantuk. Even sekarang pun tengah tahan2 mata.

QZ92 said...

dah lama baca tips2 SEO dari otai blogger, baru tahu apa itu SEO, bounce rate, backlink ping.

semua tu main peranan dalam tingkatkan trafik.

terima kasih atas perkongsian maklumat

Kathy R'bain said...

oh..sombong sekarang ni yer?hehehe...

Salmiah Othman said...

memnag jarang blogwalking..huhu..tq atas tips yang berguna :)

aRz MoHa said...

saya masih lagi baru
http://arzmoha.blogspot.com

blog saya lebih kepada gambar sedang saya amat minat dalam mengambil gambar.

sapa yang tahu tetang SEO? boleh cerita sedikit selain blogwalking nih.
thanx

aeinna Musa said...

baru je sedar akan kepentingan blogwalking ni..akan cuba praktikkan sekerap mungkin