Pengalaman Kemarau 3 Bulan Di Melaka Tahun 1991. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Pengalaman Kemarau 3 Bulan Di Melaka Tahun 1991.

Pengalaman Kemarau 3 Bulan Di Melaka Tahun 1991.
Kemarau .....Kemarau...Kemarau..... Isu terbaru yang akan menjadi isu hangat tidak lama lagi. Di mana empangan beberapa buah negeri telah mengalami  paras air empangan yang menurun secara kritikal.

Tempoh hari di televisyen menunjukkan paras empangan air di Pahang berada ditahap yang amat kritikal dan bila-bila masa catuan air akan berlaku.

Semalam pula bila aku melayari laman sesawang, aku mendapati paras empangan di Jasin Melaka pun mengalami masalah yang sama.
Melaka pernah mengalami masalah kemarau yang terpanjang di Malaysia iaitu selama 3 bulan lamanya. Pada ketika itu aku berada dalam tingkatan  3 rasanya...

Memang cukup payah kehidupan kami ketika itu. Bagi orang Melaka yang berada di kampung-kampung tiada masalah yang besar kerana boleh korek tanah buat perigi. Tapi bagi kami yang duduk di taman-taman, takkan nak korek perigi kat depan halaman rumah pula..hehehehehehe

Pengalaman Kemarau 3 Bulan Di Melaka Tahun 1991.
Setiap malam lori tangki air akan datang ke taman kami, dan berpusu-pusu kami warga taman yang terdiri pelbagai bangsa beratur membawa gelen-gelen air yang besar-besar. Aku, mak aku, bapa aku dan kakak aku setiap malam memang standby depan jalanraya menunggu lori tangki air yang waktunya tidak menentu. Tapi yang pasti ia akan datang ler...

Setelah ambil air menggunakan gelen-gelen yang besar, kami adik beradik dan paling malang ialah aku kerana aku lelaki tunggal dalam keluarga terpaksa mengangkut semua gelen-gelen yang besar balik  kerumah. Setelah sampai ke rumah, kami pindahkan air tersebut ke beberapa tong drum yang tersedia dihadapan rumah serta di bilik air.

Memang penat ler, gua cakap lu. Hinggakan  pada masa itu aku terasa  otot-otot lengan aku semakin keras dan kenyal..hahahahhaha.

Air yang dihantar menggunakan lori tangki kami gunakan untuk mandi dan basuhan tapi kami tak gunakan untuk minum.
Untuk air minuman kami terpaksa pergi perigi yang telah dibuka kembali di Bukit Cina.

Di Bukit Cina terdapat sebuah perigi yang amat besar, sebelum masalah kemarau melanda Melaka dahulu. Perigi tersebut memang terbiar sahaja.
Apabila kemarau berlaku, terpaksa Majlis Perbandaran ketika itu membersihkan dan membuka perigi tersebut.

Pengalaman Kemarau 3 Bulan Di Melaka Tahun 1991.
Dahulu orang Melaka, memang tak mahu pakai perigi tersebut kerana ia terletak di bawah kaki Bukit Cina. Bukit Cina di Melaka ialah sebuah bukit  perkuburan lama Cina. Ramai mengatakan air perigi tu tak boleh minum sebab berdekatan dengan kubur Cina..hehehehe. Dengan alasan air mayat dari kubur cina tu mengalir ke perigi tersebut....ahaks.

Tapi pada masa itu musim kemarau, kami warga Melaka memang tengah darurat, bantai ajer amik air perigi tu. Tak der pun sawan mayat...hahahahha.

Seperti biasa, aku dan bapa aku terpaksa beratur nak ambil air perigi tersebut. Tapi tak der masalah sangat sebab banyak baldi yang bertali disediakan dengan diameter keluasan pergi yang besar  maka agak cepat jugak ler.

Setelah ambil kami masukkan ke dalam bonet kereta dan sampai rumah kami alihkan air tersebut ke tong plastik yang lagi besar. Cukuplah untuk kegunaan 2 atau 3 hari.

Kepayahan kami yang lain ialah terpaksa membeli tong-tong plastik secara tiba-tiba naik harga, time macam ni  ler peniaga ambil kesemptan. Selain itu kami terpaksa membeli tong-tong drum minyak dan kemudian terpaksa potong bahagian  atasnya  dan kemudian mencucinya bersih-bersih dan selepas itu terpaksa mengecatnya.
Tong drum yang paling menyeksakan, nasib baik bapa aku beli 2 tong drum ajer...hehehehehe.

Itulah pengalaman aku ketika kemarau di Melaka pada tahun 1991 disebabkan Ketua Menteri Melaka ketika itu Dato Tamby Chik yang memandai-mandai korek tanah di Pulau Besar nak buat hotel. Tak pasal-pasal naga di Pulau Besar itu jadi marah dan sembur api ke negeri Melaka hingga 3 bulan tak hujan....hehehehhehe. (itu versi cerita orang Melaka)

6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

teringat zaman kemarau ni masa ni masih di sekolah rendah lagi bang... tinggal rumah apartment masa tu, seksa mama dengan papa mengangkut air dari tanker air yang datang dan park kat parking area rumah...nasib rumah groundfloor...

ayut said...

1991..ayut masa tu tadika kot..ke kat mne ek..huhuhu.ni skrg pon panas je..sbpm ni sejuk.ni pnas plak dh...perubahan iklim agknya.eh?malaysia dh mcm jd negara 4 iklim dh ni..hahahaha.abg hanif welvomw back berblog..sblm ni sibukkan?

Kathy R'bain said...

Ye kan?ada gak tengok psl empangan tu kat berita.

aina izati said...

Woo kemarau ==
Sekarang cuaca di Penang pun panas jaa. Dah lama tak hujan.

http://ainaizati.blogspot.com/

Sukma Haron said...

ingat jugak masa tu...zaman sekolah...berkandar air dari perigi...

Anonymous said...

Lepas tu kisah yang saya dengar darilada sumber yg sahih. Ketua Menteri masa Tu Rahim Tamby Chik jumpa orang alim (tak payah sebut nama) minta doakan hujan. Lepas tu hujan pun turun dgn lebatnya sampai banjir pekan masjid tanah. Kesimpulannya solat hajat ke zikir minta hujan ke..mesti di ketuai seorng pemimpin..raja ke MB ke KM ke..