Header Ads

Presiden Zimbabwe belanja AS$1 juta rai hari jadi

Ramai mempertikaikan tindakan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, menyambut hari jadi ke-90 dengan berbelanja AS$1 juta (RM3.2 juta).

Jurucakapnya berkata, perbelanjaan itu dibiayai pertubuhan belia Zanu-PF dan bukan daripada dompet awam.

Bagaimanapun, bekas menteri kewangan Tendai Biti dari parti pembangkang MDC mempertikaikan sumber kewangan itu .

“Mungkin ada permainan kotor kerana ketika pilihan raya lalu parti kami kalah teruk kepada Zanu-PF,” katanya.

Setengah pihak rasa wang sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk rakyat.

Menurut penyokongnya, perbelanjaan itu wajar kerana beliau sudah banyak berbakti kepada negaranya, laporan dipetik dari The Times.



2 comments

Kak Tie said...

wow..memang kaya sungguh la dia ni

nur lyla said...

apa ni? korup.. hehehe