Header Ads

Solat Sunat Hajat Mohon Hujan Di Melaka

Solat Sunat Hajat
Tempoh hari semasa Sembahyang Jumaat yang lalu, seluruh masjid negeri Melaka telah melakukan sembahyang solat sunat hajat disebabkan musin kemarau di Melaka yang berpanjangan hingga bekalan air di Melaka di khuatiri menjadi kritikal.

Sebagai islam usaha dan berdoa adalah ikhtiar yang harus kita dilakukan. Aku berdoa agar doa kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t..amin.

Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.
Apakah sebenar tujuan kita menunaikan solat hajat.
Tujuannya ialah :
  • Untuk mendekatkan diri kepada Allah
  • Untuk memohan hajat untuk diri atau orang lain
  • Mendidik jiwa redha dengan ketentuan Allah
  • Mengakui kelemah diri

HAJAT YANG SESUAI DIPOHON
  • Mendapatkan kebaikan di dunia seperti cemerlang dalam peperiksaan. Keamanan dan dimurahkan rezeki.
  • Mendapat kebaikan di akhirat seperti menjadi orang yang istiqamah dalam ibadah.
  • Menjauhi keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan dan sebagainya.
  • Menjauhi keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan sebagainya
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT 

1. Lafaz niat solat sunat hajat ialah :

solat sunat hajat
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala

2. Pada rakaat pertama baca doa iftitah, surah al-fatihah kemudian baca surah Al-kafirun atau Ayat Al-Kursi (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

3. Pada rakaat kedua surah al-fatihah kemudian baca surah Al-ikhlas  (sebanyak 1 kali atau 11 kali).

4.  Sebaik sahaja selesai solat (selepas memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini sebanyak 41 kali


Tasbih Hajat
"LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN"

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

5. Selepas membaca tasbih tersebut anda berdoalah untuk memohon hajat (masih dalam keadaan sujud

Sumber: Adibsite