Agensi Pelancongan China Boikot MAS. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Agensi Pelancongan China Boikot MAS.

Agensi Pelancongan China Boikot MAS.
Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.

"Kami akan terus mengharamkan serta-merta sehingga kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan setiap maklumat yang mereka miliki bagi mencari kebenaran disebalik pesawat hilang secepat mungkin," kata eLong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Weibo.

Agensi eLong dan LY.Com juga akan membayar pampasan kepada mereka yang menempah tiket MAS sebelum ini.South China Morning Post juga melaporkan pengumuman tersebut mendapat sokongan ramai rakyat China, kenyataan oleh eLong menerima 7,000 komen pengguna Weibo dan dikongsi hampir 10,000 pengguna laman sosial tersebut.Pesawat Boeing 777-200ER hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 150 daripada 239 penumpang MH370 itu merupakan warga China.Rata-rata ahli keluarga penumpang mangsa MH370 dan rakyat China berang dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden tersebut, mendakwa banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimana penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.Sejurus pengumuman tersebut, ahli keluarga penumpang berang dan bersedih, serta menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Malahan sebelum ini keluarga penumpang pesawat MH370 dari China juga melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang.

Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang MH370 awal minggu lalu juga bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut MAS dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.Dalam pada itu, percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia, Paul Paw menemui kegagalan.

2 comments:

RDZ Z said...

Dugaan Untuk Malaysia. Satu per satu. Mesti ada sebab kenapa Allah turunkan pelbagai dugaan dan cabaran untuk MAS an seluruh pemimpin Malaysia..Masing-masing kena muhasabah diri..

Sukma Haron said...

kita pulak boikot China.....