Header Ads

Blog Responsif Trend Wajib Blogger

Blog Responsif Trend Wajib Blogger
Blog responsif sekarang ini telah menjadi isu yang dipertekan dalam dunia blogging terkini. Apa itu blog responsif atau dalam bahasa inggeris dipanggil Responsive Web Design (RWD).

Blog responsif secara amnya ialah reka bentuk laman web yang dapat memberi respon ke atas pelbagai peranti iaitu dari desktop ke tablet hinggalah telefon pintar.

Secara ringkasnya apa yang kita lihat di desktop PC kita adalah sama jika dilihat di tablet atau telefon pintar.

Kalau di blogspot memang terdapat satu aplikasi dibahagian setting disediakan iaitu mobile setting dimana kita perlu enablekan maka boleh ler lihat dalam bentuk mobile yang kosong..hehehehhee.

Tetapi dizaman dunia teknologi yang semakin berkembang ini walaupun terdapat mobile setting pada blogspot tetapi anda mengalami banyak kerugian dari keuntungan.

Pertama pembaca tidak dapat melihat keseluruhan design website anda yang cantik dan kemas. Buat penat-penat tetapi bila pakai tablet atau telefon pintar, pembaca hanya dapat melihat post anda sahaja.

Kedua ialah penggunaan tablet dan telefon pintar semakin berkembang dan sudah tentu anda mesti tidak boleh bergantung lagi pada aplikasi lama. Atas sebab itu anda mesti menggunakan blog responsif.

Ketiga ialah jika anda mengguna mobile setting maka widget-widget iklan anda tidak akan terpapar. Lalu macam mana orang nak terklik iklan Nuffnang atau Google Adsense anda...ahaks!!

Suka tak suka anda terpaksa ler ubah blog anda kepada blog responsif. Terdapat 2 cara nak ubah blog anda ke blog responsif iaitu :

a) Ubahsuai setting templates anda
Untuk mendapatkan setting templates anda boleh jenguk ke blog saudara blogger Hasrul Hassan yang menerangkan satu persatu memasukkan kod CSS yang beliau berikan.
Sila jenguk ke URL saudara Hasrul Hassan ini----Bagaimana Membuat Blog Responsif

b)Tukar Templates Blog Anda 
Tindakan drastik ialah tukar templates blog anda kepada templates blog responsif. Tetapi kalau nak tukar cari yang mesra SEO sekali ler....hehehehhee.

Terdapat beberapa laman web yang memberi templates blog responsif secara percuma seperti dari BloggerTutorial Web yang mempunyai 42 templates blog responsif yang terbaru.

Blog Responsif Trend Wajib Blogger
Saya dah lama pakai blog responsif ini (ya kerrr), cuba buka pakai iPad atau Tablet anda sure laman web saya ini saiz dia sama jer macam kat desktop. Tak payah nak adjust-adjust saiz yang kadang-kadang terlalu besar atau ada widget yang hilang....

Sebagai blogger ini banyak masalahnya sebab teknologi sentiasa berkembang dan ditambah lagi jika Google tiap-tiap tahun asik ubah algoritma dia dan menambah berat setiap tahun saingan semakin kuat..huhuhuhuhu.

Mahu tak mahu anda dan saya terpaksa mengikuti perkembangan teknologi, maklumat dan teknik terbaru kalau mahu survive dalam dunia blogger ini. Ewahhh!!! macam best ajer..ahaks.
Selamat mencuba.

2 comments

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Yer bro, zumal guna phone je tapi dapat lihat macam kat desktop juga...

Kathy R'bain said...

terbaiklah..