Breaking New : Pesawat MAS MH 370 Hilang. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Breaking New : Pesawat MAS MH 370 Hilang.

Tadi pagi masa aku bangun tidur...tengah sarapan tetiba NTV7 ada buat siaran breaking news dan terkejut aku dengar pesawat penumpang MAS telah hilang dan kemungkinan terhempas.

Sekarang siasatan masih dijalankan dan aku doakan yang terbaik untuk penumpang dan ahli keluarga mereka.

Malaysia Airlines telah terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH370 yang berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi ini.

Pesawat B777-200 itu dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan rasminya.Penerbangan tersebut membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.Kuala Lumpur terputus hubungan pesawat itu pada jam 2.40 pagi dari Pusat Kawalan Udara Subang."

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan Mencari dan Menyelamat mereka untuk mengesan pesawat tersebut."Syarikat penerbangan ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai situasi tersebut.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut."Naib Presiden operasi MAS, Fuad Sharuji dipetik oleh CNN sebagai berkata mereka sedang cuba menghubungi pesawat itu tetapi tidak berjaya sejak beberapa jam yang lalu."

Pesawat itu mempunyai bahan api untuk selama tujuh jam penerbangan dan akan kehabisannya menjelang jam 8.30 pagi."Menurut BBC, pesawat itu hilang dua jam setelah berlepas dari Kuala Lumpur, manakala Xinhua melaporkan pesawat itu hilang dalam ruang udara Vietnam.Ia juga melaporkan bahawa pesawat itu tidak pernah memasuki ruang udara Cina dan tidak juga menghubungi pusat kawalan udara Cina.

1 comment:

zazanizam said...

as salam,
itu la zaza pun baru tau pagi ni.. cemas takut pon ada. Ya Allah selamatkanlah mereka semua.