Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia

Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia
Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra. Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.

“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat. “Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya. Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.

“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya

Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia

Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia

Gambar Ular Sawa Telan Buaya di Australia

10 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Menakutkan tengok gambar ni. Boleh ular tu telan buaya.

Farah Waheda Wahid said...

lepas tu melebar jer saiz ular tu... uhukss...scary... kalau orang pun macam tu jugak ditelannya...

Kisah Si Dairy said...

memang tak sangka ular tu boleh makan buaya kan..

Normi Nieza said...

menakutkan..huhu

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Ngeri zumal tengok

RDZ Z said...

Wow...tengok gambar first terus skip kat komen..memang ngeri..takut termimpi pulak..

afzalsukasuki said...

ular tu tu besar, bukan calang2 ular tu uhuk3

shahdiana said...

geli la tengok gambar ni..boleh tahan ular tu..boya pun nak ditelannya..ntah hadam ke tidak la kulit buaya tu dalam perut dia...

Sukma Haron said...

Ishh..speechless

Kathy R'bain said...

pernah juga tengok ular hitam telan biawak..