Header Ads

Jana Pendapatan Dengan Jumlah Blog

Tips Bagaimana Mejana Kekayaan Menjadi Blogger.
Terbaca dalam sebuah artikel mengenai keperluan mempunyai banyak blog untuk seorang blogger jika hendak menjana pendapatan yang tinggi.

Seorang blogger yang bercita-cita untuk menjana pendapatan atau untuk menjadi internet marketer mahu tak mahu terpaksa mempunyai pelbagai blog. Mereka tidak boleh bergantung pada blog primari mereka sahaja dalam menjana pendapatan yang konsten.

Tips Bagaimana Mejana Kekayaan Menjadi Blogger.
Sebagai contoh seorang blogger yang ingin menjana pendapatan sudah tentu mempunyai banyak akaun online dropship, affliate atau Pay Per Click Akaun. Seperti Clickbank, Bidvester, Nuffnang, Google Adsense, Edymall, 8Share, Churp churp, JobDiRumah dan belum termasuk kedai blogshop mereka.

Selain itu pengukuhan dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Google + haruslah cukup kuat dengan follower beribu-ribu untuk memastikan setiap iklan yang dipaparkan mempunyai potensi diklik dan dibeli.

Sebagai contoh anda mempunyai iklan Nuffnang, jika harapkan pendapatan dari sebuah blog sahaja berapa banyakkah yang anda perolehi. Lagipun Nuffnang bukan senang nak kasi CPUV iklan yang boleh memberi lebihan pendapatan.


Secara kasar jika anda mempunyai sebuah blog, pendapatan tertinggi sebulan saya boleh katakan RM300 maksimum. Bayangkan jika anda mempunyai banyak blog maka potensi untuk memperolehi pendapatan mungkin lebih tinggi.

Kadangkala ssebuah blog itu mempunyai potensi memberi pendapatan pasif tanpa perlu updated jika kena caranya iaitu niche yang betul, keyword yang mantap serta tidak mempunyai saingan yang tinggi.


Pendapatan pasif boleh di perolehi jika kita menyertai affliate menjual e-book. Sebagai contoh Clickbank memberi 70% komisen dalam bentuk USD. Untuk menjual e-book ini anda hanya perlu membuat blog yang mempunyai niche yang sama dan keyword yang betul.

Dan untuk memaksimumkan blog e-book anda, haruslah diletak iklan dari Bidvester atau Google Adsense. Jika mereka tak mahu beli pun tak per, tapi mungkin mereka klik iklan anda kot.

Manakala iklan seperti Churp-churp atau 8Share sudah tentu anda boleh gunakan laman sosial untuk mempromosi iklan-iklan mereka. Dan potensi diklik adalah tinggi jika anda mempunyai ramai follower.


Kalau dicongak-congak melalui strategi sedemikian, mungkin pendapatan anda boleh mencecah ribuan ringgi dengan hanya menjadi blogger sepenuh masa....hihihihiih.

TETAPI itu hanya tulisan artikel yang macam best ajer..ahaks. Mengikut kajian mereka yang berjaya mencebur bidang internet marketing ini  hanyalah 2% atau 3%

Bukan jalan mudah untuk berjaya sebagai blogger, anda mesti mempunyai ilmu SEO yang mampu menjana blog baru anda ke enjin carian. Mengikut pengalaman aku, blog aku ini sekarang yang menjana trafik 1000-3000 pageview sehari ini pun memakan masa 2 tahun ..hahahaha.

Selain itu anda juga harus mengambil kita bid atau CPC yang anda akan terima jika iklan anda di klik. Jika setiap klik boleh menjana USD2.00 cukuplah sehari dapat 15 klik. Tetapi realitinya CPC klik diberi hanya USD0.10 sahaja.

Berapa banyak klik yang anda perlu memperolehi untuk dapatkan USD30,00 sehari...huhuhuhuhu.

Manakala 8Share atau Churp Churp pula bergantung pada mood rakan di FB atau Twitter. Ini pun bayarannya kecil sahaja.

KESIMPULANNYA ialah untuk berjaya dalam dunia online ini bukan sesuatu yang mustahil!!! Jika orang lain boleh berjaya maka takkan kita tak boleh berjaya cuma yang aku pasti ianya bukan datang sekelip masa.

Tips Bagaimana Mejana Kekayaan Menjadi Blogger.
Melalui pembacaan aku, kesabaran dan disiplin mesti ada jika bercita-cita mahu menjadi blogger sepenuh masa.

Kesabaran itu perlu kerana untuk memahami SEO atau pelajari niche atau keyword kita sentiasa kena belajar dan bereksperimen. Itu memakan masa.

Kesabaran perlu anda sebab setiap blog baru, kita perlu memberi masa kepada Enjin Pencari untuk indeks dan usaha berterusan untuk kita pingkan dan daftarkan blog baru kita ke direktori atau forum tertentu.

Kesabaran perlu ada untuk memberi masa pengiklan percayai anda dalam mendapatkan iklan dengan CPC atau CPUV yang baik.

Pendek kata kita kena ada ilmu dan sabar...hehehehhee. Dan secara peribadi aku memang bercita-cita hendak menjadi blogger sepenuh masa. Tapi biarlah masa menentukannnya seiring dengan ilmu yang sedang aku top up sedikit demi sedikit ini.

Siapa yang tidak mahu menjana pendapatan bulanan beribu-ribu dengan hanya bekerja menghadap komputer 3 atau 4 jam sehari. Siapa yang tak mahu ...angkat tangan!!!!..hahahahhaha.

3 comments

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian yang berguna..

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal selalu membaca tips bro, sangat bermanfaat. Terima kasih bro :)

Kathy R'bain said...

info berguna dan bermanfaat..