Kapten Zaharie MH370 Fanatik Pembangkang Punca Rampasan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kapten Zaharie MH370 Fanatik Pembangkang Punca Rampasan

Semenjak penyataan Perdana Menteri kita mengenai isu terbaru pesawat MH370 yang "disengajakan" menukar arah serta "disengajakan" menutup radar telah membawa satu anjakan baru dalam penyiasatan misteri kehilangan pesawat MH370 ini.

Pemikiran analisis dan media seluruh duni kini sudah semestinya terarah kepada subjek yang memang mahu kita elakkan iaitu rampasan pesawat. 

Media barat telah mula membuat spekulasi yang dahsyat dalam menuduh Kapten Zaharie Ahmad Shah, adalah mastermind dalam rampasan pesawat MH370 yang kini sudah masuk hari ke 11 hilang,

Kapten Zaharie MH370
Peter Chong (left) with best friend Captain Zaharie Ahmad Shah, pilot of the missing Malaysia Airlines plane. He is pictured in a T-shirt with a Democracy is Dead slogan as police investigate claims he could have hijacked the plane as an anti-government protest
Pertama sekali mereka membuat spekulasi mengenai baju T-Shift yang dipakai beliau bertajuk "Democracy IS Dead" menandakan fahaman politiknya yang  tegar dan konsevatif.

Kapten Zaharie MH370

Untuk membuktikan beliau ini adalah fanatik politik dan penyokong kuat Datuk Anwar Ibrahim, mereka telah membuat satu lakaran kronologi mengenai kehidupan Kapten Zaharie sebelum dan selepas pesawat MH370 ini berlepas.

Dalam item no 2, mereka jelas memperkatakan bahawa Kapten Zaharie telah menghadirkan diri dalam melihat pembicaraan Anwar Ibrahim sehingga Anwar dipenjarakan selama 5 tahun.

Ini telah menimbulkan ketidak puasan hati Kapten Zaharie dan atas sebab itu pihak FBI merasakan tindakan rampasan ini dilakukan. Dan menambahkan syak beliau juga telah memindahkan isteri dan 3 anaknya keluar dari rumahnya sehari sebelum pesawat tersebut hilang.

Kapten Zaharie MH370
WoW!!! Bila aku baca artikel oleh sumber: dailymail.uk ini kau mesti terpengaruh punya sebab data dan gambar mereka memang cukup lengkap!!!

Tetapi anda kena faham mereka semua tidak tahu tentang senario politik Malaysia. Dimana jika anda hanya pakai baju  "Democracy IS Dead" sudah boleh di capkan orang itu fanatik politik!!!

Fahaman politik seseorang bukannya sesuatu yang boleh dinilaikan sebegitu sekali melalui T-Shirt sahaja.

Kedua ialah data atau maklumat yang diberikan sebenarnya diambil dari mana? Jika anda membaca maklumat yang diberikan memang lengkap dan jalan ceritanya memang sah Kapten Zaharie ini mungkin terlibat dalam spekulasi rampasan ini.

Sebaik-baiknya adalah lebih baik kita mendengar maklumat dari pihak berkuasa Malaysia iaitu autoriti sah yang akan mengesahkan samada pesawat ini dirampas atau tidak. Jangan mendengar spekulasi yang bukan-bukan. Jika autoriti sah mengatakan Kapten Zaharie MH370 ini bersalah maka kita akan terima.

Seseorang itu harus dianggap bersalah sehingga ia dibuktikan bersalah!!! Bukannya membuat cerita dan taip dari tah mana sumber kemudian satu dunia baca.

10 comments:

:: idzwa :: said...

takut nak komen...cuma nak doakan supaya mereka dpt dikembalikan/balik dgn sempurna

Athirah Farah said...

datang sini bace entry..nak cakap ape pon tidak lah tapi sentiasa dyeowg semua OK.. :)

Normi Nieza said...

no komen just pray for mh370...

afzalsukasuki said...

spekulasi mudah rakyat malaysia.benda mudah dan perlu panas --->haa itu wajib

Hanif Idrus said...

Susah nak komen kan...
Tapi media barat sesuka hati mengomen..sakit hati aku..ahaks

Ct Noraishah said...

no komen lah..apapun tunggu pesawat MH370 ditemui dulu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

kalau sebab pakai baju macam ni dah kira kuat politik rasanya macam tak betul. pakai baju sahaja pun..tapi tak tahu lah. apa pun sama-sama doakan yang terbaik buat mereka. ketika keaddan macam ni. Doa aje yang terbaik.

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Semua sangat mudah dicari kan... Sampai gambar baju tu pun terbongkar

Kathy R'bain said...

tak taulah nak komen isu ini..

shahdiana said...

betul tu..kita tak tahu kesahihan cerita lagi kan..so jangan terlalu taksub dengan apa yang dibaca...