Header Ads

Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Pada hari Sabtu yang lalu sekolah anak aku  iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda yang terletak di Merlimau Melaka ada membuat mesyuarat PIBG.

Setahu aku inilah kali  pertama kali mereka membuat mesyuarat PIBG pada hari cuti ibubapa..hehehehe Tahun lepas mesyuarat PIBG dilakukan semasa pemberian Bantuan 1 Persekolahan RM100.

Mungkin disebabkan pertukaran guru besar baru ke sekolah ini baru-baru ini kot. Setiap ketua mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan pentadbiran mereka.

Mungkin  guru besar baru ini bertimbang rasa akan kesibukan ibubapa yang bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat dan bukannya mudah nak ambil cuti pada hari-hari tersebut.

Namun semasa aku tiba ke sekolah tersebut aku sedih jugak ler sebab bilangan ibu bapa yang hadir ke mesyuarat tersebut tidak melebihi 30%.

Jumlah keseluruhan pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda ialah 430 orang tetapi yang hadir dalam 70 orang sahaja. Itu pun kalau campur dengan guru dan juga  ibu bapa yang datang bersama.
Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Aku mempunyai ramai rakan-rakan guru mengeluh perkara sedemikian tetapi pada hari tersebut aku dapat melihat kekecewaan guru-guru apabila melibatkan perkara tentang PIBG ini. Komitmen ibu bapa agak kurang memberansangkan.

Pada mesyuarat PIBG tu aku ada bertanya mengenai prestasi penurunan Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda dan bagaimana usaha mereka untuk mengatasi masalah ini. Aku risau juga sebab anak aku sekarang ni darjah lima dan tahun depan UPSR.

Melihat prestasi Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda yang agak sikit menurun sudah tentu ibu bapa macam aku ini kena tanya kan...hehehehhehe.

Aku sentiasa respek pada semua guru kerana mereka mendidik anak kita tetapi disebabkan kami ibu bapa mempunyai platform PIBG so aku pun guna sebaik yang mungkin..hahahaha.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Aku yakin Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda akan terus maju dan cemerlang di bawah kepimpinan guru besar baru sekolah ini.  Mungkin beliau mempunyai idea yang segar dalam mempertingkatkan lagi kegemilangan Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda.

Kehebatan sesebuah sekolah itu bukan sahaja terletak pada guru-guru tetapi kerjasama ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka. Hand to hand work together bersama guru dan ibu bapa untuk aku merupakan ramuan terbaik dalam meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak kita.

Selamat bertugas buat guru besar baru Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (aku lupa nama ler) dan buat bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda iaitu Puan Hjh. Alissa terima kasih atas sumbangan selama ini ke  Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda.

VISI SEKOLAH

MENJELANG TAHUN 2015, SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK HAJI BAGINDA MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM KALANGAN SEKOLAH-SEKOLAH TERBAIK NEGERI MELAKA.


Cuma satu ajer aku nak minta tolong... Facebook SKDB lama tak updated dan termasuk juga blog sekolah. Facebook last updated Jun 2013 dan blog last updated Januari 2014.
Dan paling teruk ialah Blog Pusat Sumber SKDB yang last diupdated pada November 2011.

Nasihat saya ialah please updated your school blog atau Facebook ini membawa imej sekolah dan jika tiada updated orang akan membuat pelbagai spekulasi kerana tiada konsistensi dalam pengurusan.

Tapi saya faham, tugas guru ini bukannya mudah kerana bebanan kerja yang banyak. Semua sekolah buat blog atau facebook, kalau SKDB tak buat tak boleh jugak kan..hehehehhee.
Tapi berbalik pada masalah asas iaitu siapa nak beri komitmen pada laman sosial ini.

Nasihat saya ialah tutup Facebook dan Blog Pusat Sumber tu dan beri komitmen pada blog Sekolah dan jadikan ia satu-satunya official information  blog sekolah.

Lagi pun saya lihat blog sekolah tu last updated pun pada Januari 2014--ok ler tu..
Tapi saya tahu selepas tarikh tu banyak aktiviti dilakukan tapi tak tulis lagi..hehehehehe.

5 comments

shahdiana said...

tak pernah pegi pun lagi mesyuarat PIBG setakat ni..teringin tapi tak nak pegi..sebabnya rasa banyak sangat ketidakpuasan hati dengan pihak sekolah..bukan nak menidakkan hak seorang guru,,cuma ini adalah pendapat dari seorang ibu @ parent la...

Azlan Strider said...

kadang2 sesetengah ibu bapa time mesyuarat PIBG tak nak turun tapi bila sekolah dah buat decision baru sibuk2 nak bantah..sbnarnya mesyuarat PIGB adalah platform terbaik untuk sekolah dpt feedback dari ibu bapa...

Regards,
-Strider-

Sukma Haron said...

Kalau tak update meh sini aku tlg updatekan...kebanyakan sekolah mmg begitu...cikgu semua sibuk..

Kathy R'bain said...

selalu encik hubby jer pergi mesyuarat pibg ni..

TiranaAduka said...

bro anep,
Aku sabtu ni bru nak trun mesyurat pibg anak aku.
Rasa malas pulak. Tgoklah esok bagaimana.