Header Ads

Pilihan MH370 Dirampas Atau Terhempas?

Pilihan MH370 Dirampas Atau Terhempas?

Satu persoalan yang bermain dibenak pemikiran seantero dunia berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke 9. Dan semalam Perdana Menteri kita mengesahkan pesawat MH370 telah menukar haluan dan menutup radar kapal terbang secara sengaja.


Secara realitinya kita harus akui pesawat MH370 sudah terlalu lama hilang dan harapan kita terhadap keselamatan anak kapal dan penumpang semakin tipis dari hari kehari.

Ahli keluarga pesawat MH370 kini aku yakin inginkan jawapan yang tepat, apakah sebenarnya berlaku pada keluarga mereka yang berada di pesawat MH370 ini.

Penantian merupakan satu penyeksaan dan aku yakin semua ahli keluarga pesawat MH370 kini redha apa sahaja keputusan yang berlaku kepada keluarga merka.
Yang mereka mahukan adalah jawapan.

Namun aku yakin dengan maklumat terbaru mengenai pesawat MH370 ini harapan masih ada bahawa mereka masih hidup lagi. Kebarangkalian pesawat MH370 terhempas telah menipis dan kini ianya lebih terarah kepada rampasan pesawat MH370.

Pilihan MH370 Dirampas Atau Terhempas?
Berdasarkan hari ke 9 kehilangan pesawat MH370 ini adalah lebih rasional jika menganggap pesawat MH370 ini dirampas. Sekurang-kurangnya kita ketahui penumpang dan anak kapal pesawat untuk hidup adalah cerah.

Berbanding jika menilai pesawat MH370 ini terhempas dan peratusan mereka yang hidup di pesawat MH370 amat tipis sekali. Lagipun sudah 9 hari mereka hilang...

Ini satu andaian yang amat kejam tetapi mahu tak mahu kita terpaksa membuat andaian terbaik selepas 9 hari pesawat MH370 ini hilang agar kita mempunyai satu arah tuju dan harapan anak kapal dan penumpang pesawat MH370 ini masih boleh diselamatkan.

Aku rasa bukan aku sahaja yang mahukan anak kapal dan penumpang pesawat MH370 ini selamat tetapi seluruh dunia. Tetapi apakah pilihan yang kita ada selepas 9 hari pesawat MH370 ini hilang, dua persoalan pilihan kita adakah ia terhempas atau dirampas?

Namun ini hanyalah satu andaian sahaja kerana kuasa maut atau ajal bukan terletak di tangan kita. Ianya di tangan Allah dan sebagai Islam kita kena sentiasa mempunyai keyakinan bahawa Allah yang Maha Memahami,Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani...amin.

Pilihan MH370 Dirampas Atau Terhempas?

Jika pesawat ini dirampas banyak versi yang aku dengar:
a) Terdapat penumpang yang mengambil insuran nyawa yang tinggi dan demi keluarganya beliau hijack kapal agar keluarganya mendapat pampasan insuran.
b) Pesawat dirampas oleh pengganas yang melibatkan kerajaan China tetapi disebabkan penumpang pesawat ini majoriti dari China maka MH70 menjadi piihan.
c) Dalam pesawat MH370 terdapat penumpang China yang kaya, maka pesawat ini dirampas untuk mendapatkan tuntutan.

Maaf jika artikel ini membuat andaian yang memandai-mandai tetapi inilah persoalan yang aku lihat atau dengar dan ingin kongsikan bersama rakan-rakan.

1 comment

Kathy R'bain said...

tak tau nak komen apa..