Header Ads

Semakan Keputusan STPM On Line Dan SMS.

Semakan Keputusan STPM On Line Dan SMS 19 March 2014

Pada 19/03/2014  akan keluar keputusan STPM. Mesti berdebar-debar hati semua calon peperiksaan STPM ini..hehehehehe.

Aku pun dulu ambil STPM juga, kalau tanya aku mana susah? Belajar Universiti ker atau STPM. Aku dengan pantas akan jawab STPM. Memang struggle tingkatan enam ini....huhuhuhu.

Buku dia dah ler tebal dan lepas tu setiap pelajaran ada 2 atau 3 paper. Kalau kantoi satu paper semua kantoi.. Bayangkan pressure kami ketika itu. Kenangan ohhhh kenangan...

Seramai 55,214 calon bakal menerima keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013, esok.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan STPM mereka melalui beberapa cara mulai jam 12 tengah hari esok.

"Calon boleh menyemak keputusan mereka di:

a) Pusat peperiksaan berdekatan atau 
b) Menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT         dan menghantarkannya ke 15888 atau
c) Melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my bermula esok


Seramai 55,214 calon bakal menerima keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dimana :
-54,288 (98.32 peratus) orang merupakan calon kerajaan,
-648 (1.17 peratus) calon dari sekolah swasta,
-268 (0.49 peratus) orang merupakan calon persendirian individu,
-9 (0.09 peratus) orang calon dari sekolah kerajaan negeri dan
-1 orang calon dari sekolah integriti.

Semakan Keputusan STPM On Line Dan SMS 19 March 2014
Saya ucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dan jika kurang berjaya ingatlah kegagalan itu hanyalah penunda ke arah kejayaan. Teruskan usaha....!!!

Semoga semua calon dapat masuk pusat pengajian tinggi yang anda idam-idamkan. 

3 comments

Farah Waheda Wahid said...

sekarang ni dah mudah, semuanya di hujung jari jer...

Kisah Si Dairy said...

Pasti ramai yang dah semak keputusan hari nie kan...

Kathy R'bain said...

kathy selalu semak sms jer..