Header Ads

Stress Kejar Pageview Untuk Blogshop


Salam satu blogger. Aku sekarang ni memang tengah stress dengan blogshop aku yang satu ini. Namanya ialah Shop Of Linda iaitu sebuah blogshop affliate yang menghimpunkan tiga syarikat affliate iiatu Lazada, Luxola dan Zalora.

Stress dalam mengejar pageview untuk blogshop ini...hehehehehe.
Blogshop ini sudah berusia 5 bulan lamanya tetapi traffic ke blog ini dalam anggaran 90 - 150 pageview sehari.

Dalam bidang perniagaan online ini salah satu kejayaan utamanya ialah mendapat pageview atau trafik. Menurut pakar-pakar bisnis online, anggaran sales sesuatu produk dalam online shop ialah nisbah 1:100 orang. Maknanya setiap 100 orang, anda akan memperolehi 1 pembeli.

Target aku ialah 300 pageview setiap hari dan jika komisen setiap satu produk ialah kita andaikan minimum RM3.00 X 3 pembeli, anda akan dapat sebulan RM270. Kita perlu ada target minimum komisen dalam online shop.

Tapi kalau boleh target akhir aku ialah RM600 sebulan..hehehehehe. Tapi perjalanannya agak slow dan mahu tak mahu, terpaksa aku membuat promosi dengan memasukkan link ke ping-ping blog yang aku tahu.

Aku dapat minimum  pageview yang aku mahu iaitu 100 orang tetapi target pasaran pembeli pula buat masalah dimana dari 100 pageview terdapat 30 pageview yang datang dari Amerika Syarikat...huhuhuhuhuh.

So minimum 100 pageview yang sebenarnya hanyalah 70 rang sahaja dan sudah semestinya sales tidak berada di zon selesa.

Kesimpulan yang dapat kita andaikan ialah sebuah bisnis online atau bahasa popular blogshop perkara penting ialah pageview dan target pasaran pembeli.

Kedua-duanya bersaling kait dalam mencapai kejayaan yang cemerlang.
Salah satu usaha terbaik dalam mencari target pageview ialah melalui carian enjin pencari dan juga promosi berterusan di laman sosial.

Walaupun aku menjalankan bisnis online affliate tetapi cabarannya sama sahaja pada mana-mana bisnis dropship yang lain. Iaitu anda kena bekerja keras mencari pageview dan target pembeli anda.

6 comments

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Dah semakin bertambah pageview tu. Insyallah nanti akan bertambah-tambah lagi Bro hanif.

OhPanduan said...

pageview ni macam trafik juga kan. Kena kejar bila nak hasilkan income yang baik dari blog. Insyallah boleh maju lagi tu En.Hanif.

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal dah singgah kat blogshop tu, Insha Allah nanti bertambah ler pelawatnyer :)

abu zaini said...

Benar sulit tuk kejar page view..

Azlan Strider said...

good luck and all the best bro..insyallah nanti pelan2 naik laa pageview tu..hehehe

Regards,
-Strider-

Kathy R'bain said...

takmo stres²..chill..