Header Ads

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Soalan yang bertahun-tahun di tanya oleh semua blogger yang menempel iklan di blog mereka samada Nuffnang, Google Adsense atau Bidvester dan lain-lain.

Pelbagai teknik yang di ajar oleh semua penulis-penulis blogger dan malahan terdapat teknik yang haram seperti menyuruh rakan-rakan klikkan iklan mereka  sendiri...hhehehe

Selama bertahun-tahun aku dalam bidang blogger ini, hanya satu perkara terbaik sahaja untuk meningkat pendapatan melalui Pay Per Click (PPC) ini ialah melalui trafik ke blog anda.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Tiada cara lain yang mampu meningkatkan pendapatan anda selain dari trafik unik sebenar ke blog anda. Sebenarnya nak dapatkan trafik haram pun ada tapi ianya tiada nilai pada pendapatan anda kerana untuk menjana pendapatan melalui iklan ia memerlukan manusia menklik iklan tersebut...hehehehehe.

Sebelum anda bercita-cita inginkan pendapatan masuk ke poket anda melalui iklan, pastikan anda berusaha mencapai trafik ke blog anda. Anda harus berusaha mendapatkan trafik melalui teknik SEO dan juga blogwalking secara berterusan.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Dan bila bercerita tentang trafik ini, ianya bukan sesuatu yang mudah kerana usaha dan ilmu haruslah seiring. Kerja penat jugak ini...hahahahaha.

Selain itu nasihat saya jika inginkan pendapatan yang agak kasar dengan jumlah klik yang kurang berusahalah mendapatkan iklan yang membayar dengan jumlah USD.  Kalau anda dapat USD1 bermakna anda memperolehi RM3.60.

Setiap syarikat iklan menawarkan pelbagai kelebihan pada kita seperti Nuffnang jika anda mahukan pendapatan lebih maka kena berusaha mendapatkan CPUV berbanding CPC yang nilainya kecil.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Manakala Bidverster pula bergantung bid yang ditentukan oleh pengiklan. Dan Google Adsense juga secara amnya ianya juga mempunyai unsur bid melalui CPR, RPM dan CPC nya. Aku pun tak faham lagi..hahahaha.

Walau pun kesemuanya mempunyai pelbagai cara memberi lebihan pendapatan pada anda, persamaannya untuk mendapatkan kelebihan tersebut ialah anda harus mempunyai trafik ke blog anda yang ditentukan oleh pihak pengiklan.

Berusahalah mendapatkan trafik ke blog anda dan saya yakin kenaikan trafik akan seiring dengan jumlah penadapatan melalui iklan di blog anda. Itulah Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan.

Selain itu susunan dan warna iklan juga memainkan peranan penting agar penbaca tertarik untuk klik iklan anda.

No comments