Header Ads

Bagaimana Membuat Blog Baru Dengan Trafik Tinggi

Salam satu blogger. Sikit punya lama aku tak buat tip blog. Bukan tak nak buat tetapi kita kan tengah sibuk dengan MH370. Sekarang ini isu ini dah surut sedikit maka ada kesempatan membuat tip blog.

Dalam dunia blogging kita sering mengalami masalah dengan menaikkan trafik blog dengan cepat. Apatah lagi jika ilmu SEO kita ini hanya peringkat beginner, lagi menambahkan masalah!!!

Dengan trafik yang tinggi secara tak langsung anda boleh menjana pendapatan melalui potensi iklan Pay Per Klik.

Saya ada membuat artikel mengenai : Jana Pendapatan Dengan Jumlah Blog  
Dalam artikel ini saya ada menerangkan teknik bagaimana jumlah blog boleh menjana pendapatan berkali-kali ganda!!!

Di Malaysia saya telah membuat satu kajian dan mendapati blog bercirikan drama-drama amat mudah memberikan trafik kepada anda.
Sebagai contoh drama terkini iaitu Aku Isterinya dalam Slot Akasia menjadi ikon terkini. Dan sewajarnya kita mengambil kesempatan terhadap senario terkini.

Atas alasan tersebut, bagaimana saya menjana pendapatan dengan blog baru ialah membuat linkage setiap episod ke blog baru saya khusus untuk drama Aku Isterinya.

Dalam blog utama saya membuat artikel Tonton Slot Akasia Aku Isterinya dimana dalam blog artikel tersebuat saya susun setiap episod 1 hingga episod akhir.

Tipnya ialah setiap kali pembaca klik setiap episod ia akan membawa terus ke blog baru saya  iaitu
http://akuisterinya.blogspot.com/

Secara tak langsung ia akan meningkatkan trafik blog khas untuk setiap episod Aku Isterinya. Semalam baru sahaja aku buat, kini pageview dah mencecah beberapa ratus.

Soalan timbul?
Kan lebih baik aku membuat linkage setiap episod dalam artikel blog saya sendiri. Malah ia akan meningkatkan trafik blog saya?
Betul, jika blog tersebut hanya untuk tunjukkan setiap episod. Tetapi penekanan saya ialah melalui blog baru ini anda boleh menjana pendapatan!!

Melalui blog http://akuisterinya.blogspot.com/ saya telah meletakkan beberapa iklan Pay Per Klik sahaja. Secara tak langsung blog baru ini juga berpotensi untuk diklik oleh pembaca disebabkan jumlah iklan di blog baru adalah lebih banyak di blog personal anda. Secara tak langsung anda menjana 2 pendapatan.

Apakah jenis iklan yang sesuai?
Melalui kajian saya, iklan untuk blog drama ini sebaik-baiknya diletakkan blog yang mempunyai auto pop up seperti H12 atau Bidvester. Kerana dari segi etika, blog drama ini pun bukan ada apa-apa artikel hanya video drama sahaja. So kita memaksimumkan iklan yang ada!!!

Kenapa blog berciri drama iklannya lebih banyak dari blog personal?Boleh ker?
Dalam etika blogging, semua pihak mengatakan sesebuah blog personal jangan diletak iklan terlalu banyak kerana tujuan blog personal anda ialah untuk dibaca. Bukannya blog iklan!!

Kedua ialah ruangan untuk letakkan iklan di blog utama tak cukup ruang sebab ia telah dipenuhi oleh widget-widget utama seperti Google + follower, Friend Connect, Popular Post, Archieve.

Tetapi dalam blog drama anda, semua itu tidak perlu!!! Anda hanya perlu letakkan video drama dan selebihnya iklan!!!!!!!!! Maknanya.....potensi iklan diklik adalah tinggi.

Bagaimana Memilih URL blog  drama ini?
Sebenarnya melalui blog http://akuisterinya.blogspot.com/ baru saya ini juga ia berciri SEO kerana URL blog adalah tajuk drama maka dalam masa beberapa minggu setelah Google Indeks blog ini, potensi blog ini dijumpai dalam enjin carian amat tinggi!!

Anda perlu sedikit usaha manually submit URL anda dan pada masa yang sama ping ker laman-laman ping yang lain.

Tetapi tajuk URL ini tidak wajib ikut tajuk drama. Jika anda mahu gunakan blog ini sebagai blog utama untuk semua drama-drama yang akan datang. baik pilih yang sesuai,

Kesimpulan
Itu sahajalah tentang tip blog cara mudah menjana pendapatan melalui blog baru. Syaratnya ialah guna blog utama anda sebagai pemangkin ke blog baru ini.

Macam aku syukur alhamdulilah kerana sehari pageview Hanif Idrus ialah 3000+ sehari maka blog drama ini agak cepat naik trafiknya melalui linkage yang saya buat.

Tapi asasnya adalah sama....selamat mencuba dan selamat menjana pendapatan!!!!!!!!!
Cuma janganlah anda buat blog Aku Isterinya...buatlah yang lain....hahahahahahaha.

7 comments

Nadia Johari said...

salam abang hanif..alma tak singgah blog abang..bagus cadangan abang tu..nad masih kene banyak belajar lagi

Hanif Idrus said...

Sama ler kita lama tak blogwalking..ahaks.

thanks...berkongsi ilmu sahaja yang diperolehi

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal suka baca tips bro Hanif, bila pratik mmg nampak hasil :)

Kathy R'bain said...

terbaik..

Traffic.SKSLink.com said...

Ini ada link trafik untuk adsense, adf.ly dan lain2 tanpa kesan. Ada komen?: http://skslink.com/xchange/

haizrul said...

salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye :D

Wira malaya said...

info yang berguna untuk junior macam saya. terima kasih bro