Header Ads

Drama Korea The Moon Embracing The Sun


Filem korea yang kini menjadi ikutan seluruh keluarga aku. Aku memang malas nak tonton filem korea ini tapi tah macam mana apabila aku tonton The Moon Embracing The Sun ini rasa best lak drama ini...huhuhuhu.

Sama macam kes drama game Running Man yang kini kalau aku tak tengok mesti resah satu badan....

Dan terkini aku dah suka filem Korea yang selalu ditayangkan di 8TV, cerita penyiasatan dan cerita hantunya memang cukup berkualiti..

Cuma cerita hantu Korea endingnya selalu tergantung atau semuanya mati.. Bab tu yang aku malas nak tonton filem hantu Korea.

The Moon Embracing The Sun ini terdiri dari 20 episod kalau tak salah aku sebab ia dah ditayangkan di Indonesia tahun lepas.

Sinopsisnya The Moon Embracing The Sun:

Judul: The Moon Embracing The Sun Judul versi lain: The Sun and The Moon / The Moon That Embraces the Sun
Genre: Romantis, Fantasi
Sutradara: Kim Do Hoon Penulis : Jin Soo Wan Pelakon: Kim Soo Hyun sebagai Lee Hwon, Han Ga In sebagai Wol/Heo Yeon Woo, Jung Il Woo sebagai Maharaja Yang Myung, Kim Min Seo sebagai Yoon Bo Kyung, Song Jae Hee sebagai Heo Yeom, dan Song Jae Rim sebagai Kim Chae Woon

 “The Moon Embracing The Sun” adalah drama fantasi sejarah (Sageuk) dengan latar zaman Dinasti Joseon. Maharaja Lee Hwon (Kim Soo Hyun) dan saudara tirinya, Putera Yang Myung (Jung Il Woo) jatuh cinta pada gadis yang sama, seorang dukun bernama Wol (Han Ga In). Wol, yang nama asalnya adalah Yeon Woo, adalah seorang putri mahkota dari sebuah keluarga kaya yang bertunangan dengan Lee Hwon.

Wol dikhianati oleh mereka yang cemburu dan takut akan kecantikan dan kepandaiannya. Akhirnya Puteri Yeon Wo telah di racun dan dianggap mati tetapi ia tidak mati dan diselamtkan oleh dukun tersebut. Malangnya puteri tersebut telah lupa ingatan, tetapi selepas 8 tahun mereka ketemu semula....Apakah yang terjadi.... Sekarang ini tengah tayang di 8TV..

Soundtrack The Moon Embracing The Sun:

5 comments

Normi Nieza said...

xlayan citer korea..hihik

Anonymous said...

serius citer ni memang best...
da ulang 3kali dah..
citer kim soo hyun semoa best2
yg latest my love from another star..

Anonymous said...

sumpah citer nie best..mmg xtipu
sebab ada kim soo hyun..da 3kali round tgok
semoa cite dia blakon memg best
yg latest my love from another star

izyana amyana said...

Kebanyakkan cerita korea lg best & berkualiti dr cerita indonesia.

izyana amyana said...

Kebanyakkan cerita korea lg best & berkualiti dr cerita indonesia.