Episod Akhir Jika Itu Takdirku - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Episod Akhir Jika Itu Takdirku

Akhirnya Slot Akasia Jika Itu Takdirku telah tamat pada 1hb April 2014 yang sepatutnya tamat pada 30.03.2014 tetapi disebabkan kes MH370 ia ditunda ke hari ini.

Esok akan bermula siri baru Aku Isterinya yang diadaptasi dari novel Aku Bukan Mistress novel nukilan Acik Lana. 



Seperti yang dijangkakan oleh aku dan wife, Hakimi akhirnya mati dalam episod akhir Jika Itu Takdirku  ini. Dalam hal ini aku menyokong penuh dengan keputusan pengarah kerana kalau watak Hakimi tidak dimatikan tidak adil untuk semua peminat...hehehhee

Watak Hakimi dari mula lagi memang cukup menyakitkan hati hinggalah last episod baru tersedar!! Jika watak Hakimi tidak dimatikan bagaimana nasib Azri yang mencintai Umairah dan Kashfi. Kasihan pula aku lihat mamat poyo tu yang setia menunggu Umairah walaupun Umairah dah kahwin dengan Hakimi.


Lagi pun dalam drama Jika Itu Takdirku, Azri memainkan peranan utama dalam menjaga hati Umairah. cukup besar pengorbanannya berbanding Hakimi sebagai suami dan bapa. So wajar Hakimi dimatikan...hehehehe.



Akhirnya Azri kahwin juga dengan Umairah---Happy ending
Akhirnya Sarah kahwin dengan Joe-----------Happy Ending
Qistina akhirnya telah jadi gila ----------------Happy Ending

Jom Tonton Episod 24 Jika Itu Takdirku


JIT.E24.KBergetar by kepalabergetar






No comments: