Header Ads

Filem The Journey Memang Terbaik Tetapi...

Filem The Journey Memang Terbaik
Tempoh hari aku ada filem Cina tempatan yang telah mengaut keuntungan RM12.3 juta iaitu The Journey. Filem ini telah mencapai kejayaan cemerlang dimana semua bangsa Malaysia menontonya dan aku rasa ia layak dikategorikan sebagai filem terbaik pada 2014 ini.

Dimana ia menceritakan kisah seorang ayah yang ingin menjemput rakan-rakan sekolah lamanya ke majlis perkahwinan anak perempuannya dengan warga Mat Salleh.

Filem The Journey Memang Terbaik
Sebenarnya konflik telah lama ujud antara ayah dan anak perempuannya yang telah dihantar ke luar negeri sejak berumur 8 tahun.

Dan akhiran cerita ini ialah bagaimana ayah, anak perempuan serta menantu lelakinya dan dibantu oleh rakan sekolah lamanya ingin menrealisasikan impian ketua kelas mereka yang telah meninggal menerbangkan belon yang dibuat dari plastik.

Dalam cerita ini, Mat Salleh ini mula mengenali kekuatan ikatan kekeluargaan dalam kehidupan bangsa Asia ini. Dan sepanjang perjalanan mereka menghantar kad jemputan, pelbagai peristiwa menarik telah berlaku.
Filem The Journey Memang Terbaik

TETAPI  dalam kehebatan cerita ini yang memaparkan kekuatan hubungan ayah dan anak.

Dan aku sebagai ayah sudah tentu menusuk dihati apabila menonton kisah ini.

Tetapi budaya pengantin perempuan sudah mengandung terlebih dahulu sebelum kahwin bukanlah budaya yang patut diikuti oleh Islam.

Setiap budaya mempunyai kepercayaan mereka sendiri dan sebagai Islam kita perempuan yang mengandung sebelum akad nikah adalah salah....

Risau gak aku menonton cerita ini sama anak perempuan aku...hahahahahahha.
Budak-budak bukan tahu benda-benda macam ini...bapa dia cakap tak boleh tapi TV tunjuk macam OK ....pening..

Itu sahaja pandangan aku dan yang lain-lain awesome!!!

Untuk filem ini ranking yang wajar diberikan ialah 5/5!!!
Kenapa full marks sebab jarang filem yang buat kisah ayah dan anak perempuannya.. Asik-asik kisah ibu dan anak atau nenek dan cucu...hehehehehe.

4 comments

Azlan Strider said...

saya tak nafikan cerita ini memang antara filem terbaik pernah dikeluarkan oleh malaysian. dia tak perlu elemen cinta dan lawak melampau untuk menjual filem ini..hopefully banyak lagi filem macam ini akan diterbitkan...

Regards,
-Strider-

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Apa yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan...

Normi Nieza said...

xpernah tgk..:)

Remy hazza said...

salam bro....
rindu tak kesini.....
jom tgk the journey.....he3