Header Ads

Gambar Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy

Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy
Tajuk dahsyat..hahahahahaa. Tapi itulah teknik SEO dalam membuat keyword. Kalau aku tulis tajuk Ambil Gambar Majlis Pertunangan. Mesti kau orang tak datang sini...hahahaha.

Macam perkahwinan artis jer sebenarnya aku ada ambil job fotografi untuk jiran aku sempena adik dia bertunang.

Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy
Disebabkan aku diberi pembayaran untuk majlis pertunangan ini maka aku tanpa banyak bicara bersetuju. Sebenarnya agak lama aku tak ambil job sebagai fotografer ini sebab passion aku lebih kepada seni abstrak bukannya muka orang ..hahahahhaa.

Tetapi secara amnya tiada perbezaan besar dalam hal ini kerana dalam fotografi semuanya tentang imaginasi dan teknik ambil gambar yang terang dan sharp atau  bahasa foto ialah follow Triangle Exposure...

Lensa aku memang lengkap tapi masalahnya terdapat 3 lensa yang berbeza-beza kegunaannya iaitu Prime Lensa 50mm, 18-55mm dan 55-250mm. Dalam hal ini terpaksa ler aku kerap tukar lensa dan ianya menyusahkan.

Kalau ada duit memang aku rembat lensa 18-250mm f1.8....harga tak mahal cuma RM4800 sahaja..hahahahaha.

Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy
Kerjasama dari pihak keluarga memang awsome dan bakal pengantin juga memang sempoi. Cuma dalam majlis pertunangan ini aku cuba mengelakkan mereka berpegang tangan sebab mereka belum di akad nikahkan...hahahahhaa.

Kadang-kadang aku terlupa pasal benda-benda macam ini sebab kebiasaannya bila ambil gambar pasangan ini mesti ada aksi geli-geli sikit...baru gambar tu nampak ceria..ahaks.

Kelebihan ambil gambar majlis pertunangan ini orang tak ramai dan perut kau memang kenyang disebabkan hanya tetamu terpilih sahaja yang hadir...

Aku pada mulanya malu-malu kucing akhirnya aku bantai makan ajer sebab penat bro...Dah ler cuaca panas dan ambil dalam bilik pula tu..berdedai peluh aku.hahahaha.

Bakal pengantin perempuan aku rasa lagi teruk sebab baju pertunangan tu memang bahang tapi itulah keistimewaan bertunang dan bersanding, anda yang paling cantik antara yang tercantik..

Nurul si bakal pengantin mula-mula malu jugak nak ambil gambar posing tapi lama-kelamaan dah mula ceria bergambar. Memang best kedua-dua bakal pengantin ini..sentiasa ceria.

Akhir kata aku ucapkan Selamat Bertunang Pada Nurul Dan Hakimy.

Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy

Majlis Pertunangan Murni Dan Hakimy

1 comment

Jazz Lover said...

Selamat bertunang.