Gara-gara April Fool Mayat Disangka Patung - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gara-gara April Fool Mayat Disangka Patung

Gara-gara April Fool Mayat Disangka Patung
Florida: Seorang kerani di sebuah kompleks apartmen dipecat selepas membuang mayat seorang wanita di tempat pembuangan sampah kerana menyangka ia hanya gurauan ‘April Fool’.

Pada mulanya Ronald Benjamin, 61, melihat mayat itu ketika dia berehat kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan, tetapi menyangka ia mayat palsu.“Saya bersumpah, mukanya kelihatan seperti topeng getah.

Jika saya tahu ia mayat betul, saya pasti menghubungi polis, pengurus saya dan semua orang,” katanya.Mayat yang dianggap patung itu adalah seorang wanita berusia 96 tahun yang tinggal di situ.

Di perantaraan waktu malam itu, wanita yang tidak diketahui identitinya itu membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 16.Seorang pekerja tiba di situ dua jam kemudian dan melihat mayat wanita itu, tetapi Benjamin berkata, mayat itu hanya patung yang digunakan sebagai bahan gurauan ‘April Fool’.

Gara-gara April Fool Mayat Disangka Patung
Benjamin kemudiannya meminta bantuan dua penghantar akhbar untuk membantunya mencampakkan mayat wanita itu ke dalam tong sampah.Perkara itu tidak disedari sesiapa sehinggalah pekerja penyelenggaraan apartmen, Johnny Williams, 42, menemui mayat wanita berkenaan di dalam tong sampah pada jam 8 pagi.

Polis dihubungi ke tempat kejadian dan siasatan yang dijalankan menemui nota bunuh diri dan bangku yang digunakan untuk memanjat balkoni.

Jiran wanita itu memberitahu, dia berasal dari England dan kadangkala bercakap mengenai Perang Dunia Kedua.

Wanita itu sudah menetap di situ sekurang-kurangnya 20 tahun.Benjamin tidak akan didakwa kerana polis percaya dia sememangnya tidak menyedari ‘patung’ yang dibuangnya itu mayat wanita.Bagaimanapun, dia tetap dibuang kerja.

2 comments:

Kathy R'bain said...

aduhai...speechless..

HASRUL HASSAN said...

Inilah bahana April Fool yang nntah apa2 ni ..