Header Ads

Giliran MAS MH192 Mendarat Cemas

MAS MH192
Kasihan MAS, tak habis-habis nasib buruk menimpa mereka. Isu MH370 belum reda kini tiba isu MH192 pula yang mendarat cemas

Insiden pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH192 yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi akan dibawa ke Kabinet Rabu ini.

Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan MAS masa dua hari sehingga Rabu hantar laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas itu.

Pesawat tersebut yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari KLIA pada jam 10.09 malam disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi.

Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan gear. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

MAS MH192
Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar. Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India, berkata walaupun ia adalah detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.

Malah, katanya, juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam.

MAS MH192
"Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita. Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA. 

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita. Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar.

No comments