Header Ads

Isu Sebenar Repot Polis Azan Kuat Oleh Md Said

Isu Sebenar Repot Polis  Azan Kuat Oleh Md Said
Pencerahan sebenar tentang isu repot polis oleh En Said berkenaan suara Azan yang terlalu hingga menganggu kehidupann seharian penduduk.

Encik Said teruk dikecam oleh masyarakat dan di label anti islam. Dibawah ini adalah sebab sebenar kenapa beliau membuat laporan polis.

Mari kita fikir-fikirkan versi mana yang benar....

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaanTarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam. - Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Huh!!! 15 corong speaker....kat surau aku..satu corong speaker rosak hingga kini tak berepair... Alasan kos tinggi kalau nak tukar RM3000.

Kat tempat lain sampai 15 corong speaker... hingga ganggu orang. Pelik dunia ini..hahahahaha.

3 comments

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Zumal pun pernah alami perkara yg sama mcm En Said tu, lauñgan azan tu kita boleh terima tapi tazkirah kat masjid tu elok utk jemaah dalam masjid jer sbb kejirañàñ sebelah masjid mesti rasa terganggu. Kadang2 nak jawab telefon pun tak boleh kalau ada di rumah. Bayangkanlah kalau org ada baby. Mungkin cara tu utk berdakwah tapi rasanya tak sesuai maybe akan ada yg menyalahkan Islam. Tapi ajaran Islam sebenar bukan begitu. Renungkanlah.

Kathy R'bain said...

baru tau pasal isu ni..

gomo merah said...

datang menderma di sini