Header Ads

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?

 Joko Widodo atau Jokowi diura-ura akan menjadi pesaing terkuat dalam pemilihan Presiden Indonesia sebaik sahaja Pemilihan Pemilu Umum yang akan berlangsung pada 9hb April ini.

Ramai yang mengatakan  Joko Widodo atau Jokowi tidak mempunyai kekuatan dalam mentadbir negara disebabkan kurangnya pengalaman dalam arena pemerintahan negara secara global. Joko Widodo atau Jokowi yang baca merupakan wildcat dalam pemilihan Presiden Indonesia kali ini setelah tamatnya tempoh pemerintahan Susilo Bambang.

Tapi aku suka dengan perwatakan Joko Widodo atau Jokowi yang ceria dan tidak terlalu serius. Pemimpin yang versatile pada pendapat aku ler....

Ini adalah senarai saingan Joko Widodo atau Jokowi:
Parti Golkar--Aburizal Bakrie
Parti Hanura- Wiranto
Crescent Star Party - Yusri Ihza Mahendra
United Development Party- Suryadharma Ali
Kalau dari segi analisis kita boleh katakan Aburizal merupakan saingan yang terkuat!!

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?
Keratan Akhbar Bernama:
Buat pertama kali, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono membuat pernyataan mengenai seorang daripada calon presiden yang berpotensi menggantinya - Joko Widodo atau Jokowi - dengan memberi nasihat kepada Gabenor Jakarta itu bagaimana menyakinkan pengundi bahawa beliau cukup kompeten untuk mentadbir negara.

Dalam kenyataan itu yang disiarkan di YouTube pada Ahad, Susilo yang tempoh kepimpinannya berakhir Oktober ini, mencadangkan agar Jokowi mengemukakan butiran rancangannya dalam memimpin Indonesia, bagi mengurangkan keraguan rakyat terhadap kecekapannya.

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?
Pada masa sama, Susilo juga menggesa rakyat supaya memberi peluang kepada Jokowi untuk membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau jika dipilih sebagai presiden Indonesia.

 "Saya rasa adalah lebih baik jika orang tidak menilai beliau (Jokowi) terlalu cepat kerana tidak mampu (mentadbir Indonesia)," kata Presiden Indonesia itu. 

"Pada masa sama, Pak Jokowi hendaklah mengemukakan buah fikiran, penyelesaian atau dasar yang akan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah-masalah kompleks yang dihadapi oleh negara ini.

"Dengan memberi maklumat mengenai program yang bakal dilaksanakan dan bersedia untuk berbincang, orang boleh menilai kualiti Pak Jokowi dan calon presiden lain dan kemudian mereka boleh membuat keputusan orang yang tepat untuk menjadi pengganti saya," kata Susilo.

Mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa Jokowi adalah boneka semata-mata yang dikawal oleh kepimpinan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), beliau berkata Jokowi perlu membuktikan sebaliknya tuduhan tersebut.

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?
"Ia akan menjadi satu cabaran bagi Pak Jokowi atau sesiapa yang dilantik sebagai presiden akan datang untuk tidak membenarkan dirinya ditentukan oleh sesiapa sahaja sama ada pelabur atau entiti asing.

 "Saya tidak pernah membenarkan sesiapa sahaja untuk mengganggu apa yang telah saya lakukan selama 10 tahun saya memimpin negara ini," kata Susilo.

Presiden Indonesia itu berkata Jokowi hanya perlu tunduk kepada kehendak rakyat negara itu. "Tiada siapa yang boleh mengawal dan menentukan presiden dalam membuat keputusan mengenai hal ehwal dalaman dan luar. Ini satu cabaran dan saya berharap pengganti saya akan mendengar dengan teliti kehendak rakyat," katanya.

Pemilihan Umum (Pemilu) parlimen Indonesia akan berlangsung pada 9 April, manakala Pemilu Presiden, 9 Julai.

Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?
Joko Widodo Calon Pilihan Presiden Indonesia ?Berikut senarai parti politik yang bertanding pada Pemilu Parlimen Indonesia 2014:

NasDem - Parti Nasional Demokrat (parti politik baru)

PKB - Parti Kebangkitan Nasional (memperoleh 4.95 peratus undi popular/27 kerusi di DPR)

PKS - Parti Keadilan Sejahtera (7.89 peratus/57 kerusi di DPR)

PDI-P - Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (14.01 peratus/95 kerusi di DPR)

Golkar - Parti Golongan Karya (14.45 peratus/107 kerusi di DPR)

Gerindra - Parti Gerakan Indonesia Raya (4.46 peratus/26 kerusi di DPR)

PD - Parti Demokrat (20.81 peratus/150 kerusi di DPR, merupakan parti Presiden Indonesia sekarang)

PAN - Parti Amanat Nasional (6.03 peratus/43 kerusi di DPR)

PPP - Parti Persatuan Pembangunan (5.33 peratus/33 kerusi di DPR)

Hanura - Parti Hati Nurani Rakyat (3.77 peratus/18 kerusi di DPR)

PBB - Parti Bulan Bintang (tidak memperoleh sebarang kerusi di DPR)

PKPI - Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (tidak memperoleh sebarang kerusi di DPR)

PDA - Parti Damai Aceh (partai politik baru, hanya bertanding di Aceh)

PNA - Parti Nasional Aceh (partai politik baru, hanya bertanding di Aceh)

PA - Parti Aceh (hanya bertanding di Aceh; memperoleh 43.9 peratus/33 kerusi di DPRD wilayah Aceh)

Senarai penuh calon dan maklumat Pilihanraya Indonesia 2014

1 comment