Header Ads

Linda Hashim Lahirkan Bayi Perempuan

Linda Hashim Lahirkan Bayi Perempuan
Isteri kepada pelakon Beego iaitu Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 12.20 tengah malam tadi di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini.

Linda Hashim Lahirkan Bayi Perempuan
Aktres berusia 30 tahun itu melahirkan bayi seberat 2.62 kilogram itu secara normal dan kini berada dalam keadaan sihat.

Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 34, berkata, dia dan Linda menangis kerana terlalu sebak ketika menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

 "Bersyukur sangat baby (bayi) selamat, sihat dan dipelihara kesempurnaannya oleh Allah," katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro, hari ini. Beego berkata, mereka juga bersepakat memilih nama Jelita Clarissa untuk bayi itu yang membawa maksud 'Jelita Yang Jelas'.

Katanya, Linda akan dibenarkan keluar dari hospital petang ini dan bakal berpantang di rumah kakaknya. Beego dan Linda bernikah pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.
Linda Hashim Lahirkan Bayi Perempuan


1 comment

Budak Kampung said...

alhmdlh...smge jdik yg slehah