MH370 Good Night Malaysian 370 Atau All right, Good Night Kecoh!! - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

MH370 Good Night Malaysian 370 Atau All right, Good Night Kecoh!!

MH370 Good Night Malaysian 370 Atau All right, Good Night

Kecoh lagi tentang ayat terakhir yang disebutkan oleh juruterbang MH370 dengan pengawal trafik udara jika ikut versi Malaysia ialah Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370) tetapi jika ikut versi China ialah  “All right, good night (baiklah, selamat malam)." d

Tapi aku sudah pasti ikut versi Malaysia kerana Malaysia adalah kodinator utama dalam misi mencari MH370 atau pendek kata penyelaras MH370 ini. So jangan pening kepala, kita ikut ketua yang telah ditetapkan sahaja....hehehehehe.

Lagi pun sekarang ini China pun memang tak suka Malaysia, so tak payah layan ler pekara sekecil ini. Yang penting ada hubungan terakhir antara pengawal trafik dengan kokpit   MH370.

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370  adalah Good night Malaysian 370" (Selamat malam Malaysia 370). 

Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan pada lewat malam Isnin itu menjawab soalan yang dibangkitkan pada sidang media.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkaitan komunikasi terakhir antara pusat pengawal trafik udara dan kokpit MH370 . Hishammuddin turut berkata, beliau tidak pasti sama ada wujud dua versi transkrip yang disiarkan kepada orang ramai, termasuk transkrip yang dilapor dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sebelum ini.

 “Saya tidak pasti mengenainya tetapi saya boleh mengesahkan bahawa saya turut terlibat dalam penyiasatan yang dilakukan oleh FBI sejak hari pertama.

“Transkrip merupakan sebahagian daripada siasatan. Jika ia penting bagi anda, saya akan berbincang dengan pakar sekiranya ia boleh disiarkan atau tidak,” ujarnya.

Hishammuddin turut mengarahkan pasukan penyiasat untuk menyiarkan transkrip penuh pada sidang media seterusnya jika mereka mendapat kelulusan. “Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Kami hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan,” tegas Hishammuddin.

Pada 12 Mac lalu, duta Malaysia ke China memaklumkan pada satu pertemuan bersama keluarga penumpang di Beijing bahawa perkataan terakhir yang diterima daripada pesawat MH370 adalah “All right, good night (baiklah, selamat malam)." 

Manakala pada 17 Mac, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya memberitahu komunikasi terakhir pesawat MH370 adalah "All right, good night" telah dibuat oleh pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid.

Namun begitu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada kata-kata terakhir dari kokpit MH370 diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang. 

1 comment:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Rasanya ada sesuatu ke dengan ucapan tu?