Header Ads

Murid Tahun 4 Pipi Tertusuk Besi

Murid Tahun 4 Pipi Tertusuk Besi
Seorang murid lelaki tahun empat berhadapan dengan situasi mengerikan apabila pipi sebelah kanannya ditembusi besi sedalam 12.7 sentimeter.

Insiden itu terjadi setelah dia terpijak besi penghadang longkang yang kemudiannya melantun ke mukanya. Dalam kejadian mangsa, Huguan Isaac, 10, bermain bersama rakan-rakannya sebaik tamat sesi persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari di luar pekarangan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart Church di sini semalam sebelum dia tersusuk besi sepanjang satu meter itu.

Murid Tahun 4 Pipi Tertusuk Besi
Mangsa hanya mampu meraung kesakitan selama kira-kira tiga jam sebelum dia dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas bagi mengeluarkan besi tersebut.

Ibu bapa yang berada di luar sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing cemas melihat insiden itu bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pasukan bomba dan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan besi terbabit.

Bagaimanapun katanya, pasukan bomba mengambil keputusan tidak mengeluarkan besi tersebut kerana dikhuatiri membahayakan kanak-kanak tersebut sebaliknya mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Murid Tahun 4 Pipi Tertusuk Besi