Header Ads

Pengedar Makanan Beku Dan Kuih Muih Halinis Food

Pengedar Makanan Beku Dan Kuih Muih Halinis Food

Kami adalah pengedar  kuih tradisional dan makanan beku untuk peniaga serta majlis keraian/"goodies" yang berpusat di negeri Melaka.

Produk keluaran kami terdiri dari 3 produk iaitu:

a) Frozen Food
Untuk produk Frozen Food kami terdiri dari :
-Karipap
-Samosa
-Popiah Otak-Otak
Frozen Food atau makanan beku adalah sebuah perniagaan terkini dimana makanan beku kami boleh disimpan selama 3 bulan.

JIka dikira kos perniagaan, produk makanan beku merupakan pilihan terbaik untuk peniaga-peniaga makanan bergoreng kerana stok tidak terpakai boleh disimpan semula.

Pihak kami membekalkan makanan beku kepada peniaga pasar malam, majlis kenduri, penjaja kuih serta lain-lain.

Harga produk kami ialah RM0.40 setiap keping namun  kami sedia membantu dengan mengurangkan kos dengan memberi diskaun yang sewajarnya terutama peniaga baru.


b) Kuih Tradisional 
Kuih tradisional kami terdiri dari:
- Kuih Cakar Ayam
- Kuih Ros
- Kuih Karipap Kacang
- Kuih Lidah Buaya
- Kuih Popiah Bilis

Produk kami di bungkus berdasar 2 bungkusan iaitu bungkusan RM1 dan bungkusan RM2.50.
Produk bungkusan ini sesuai dijual di gerai-gerai, kedai makanan, pasar malam atau gerai pelancongan.

Selain itu kami juga mengeluarkan produk yang dibotolkan mengikut saiz yang dikehendaki pelanggan. Produk sedemikian kebiasaannya dijual semasa musim perayaan seperti Bulan Ramadhan.

Selain itu kami juga pernah membuat "goodies" atau "berkat" dengan pembungkusan khas mengikut citarasa pelanggan.

c) Kuih Muih 
Kami juga menyediakan penghantaran kuih muih kepada majlis kenduri, majlis perkahwinan jika mempunyai tempahan di sekitar negeri Melaka.

Penghantaran di luar  Melaka disediakan ialah di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur tetapi kami mempunyai kuantiti standard jika penghantaran di luar Melaka. Ini untuk menampung kos kami.

Kuih- muih kami terdiri dari:
- Kaswi
- Koci Labu
- Seri Muka
- Agar-Agar
- Kastard
- Ondeh-Ondeh
- Kuih Dadar
- Kuih Bakar dan lain-lain

JIka berminat anda boleh menelefon wakil kami iaitu:
Nama:    Hanif Bin Idrus
Telefon: 016-3683655
atau ke laman web kami: Halinis Food

Motto produk kami "Sekali Rasa Mahu Lagi" menandakan setiap produk kami mempunyai kualiti yang tinggi
kuih muih


2 comments

Delimasari said...

Tahniah - suka juga wat stok kat umah Frozen Food.

khaleeda kamil said...

tahniah, saya pula jual kuih frozen vadai..